Memaafkan Takkan Mengubah Masa Lalu, Tapi Akan Memudahkan Masa Hadapan.

 

Maaf itu satu kata yang tidak begitu mudah untuk diucapkan setiap orang malah tidak juga mampu dilakukan oleh setiap orang. Kata yang ringkas tetapi ia penuh maksud yang tersembunyi di dalamnya.

Tidak kisahlah meminta maaf atau memaafkan, kedua-duanya adalah satu perbuatan yang sangat baik dan begitu nurani akan tetapi untuk melakukannya tidak begitu mudah. Kata maaf ini mampu mengoncang ego seseorang malah mampu membuat seseorang kelihatan begitu mudah untuk dikenakan.



Tetapi ramai yang tidak sedar kata ini juga mampu menarik atau memudahkan kita di akhirat kelak. Sedikit penjelasan daraipada Farizal Radzali berkenaan kata maaf ini yang ramai hanya penjamkan mata dan tidak memperdulikan maksud sebenarnya.

Selalu kita dengar, "Aku takkan maafkan kau, merangkak la kau cari aku kat padang mahsyhar nanti,"

BANGGA? RASA PUAS HATI?

Hal dunia kita selesai kat dunia. Jangan sesekali kita gah mengatakan hal akhirat. Sebab kita tak tahu bagaimana rupa & keadaan kita di mahsyar nanti. Tempat dimana kita terlalu sibuk mengenangkan nasib sendiri. Ibu ayah anak kita pun kita tak ingat, tak kenal, apatah lagi orang lain yang kita tak maafkan. Malah kita pun dah tak ingat siapa yang perlu minta maaf dari kita.

Tahu tak? Bila kamu tak maafkan orang tu di dunia sampai terungkap ayat di atas, iye betul, dia kena pohon kemaafan dari kamu di akhirat kelak. Tapi ingatlah satu perkara bahawa mcmmana baiknya kamu, kebaikan kamu hingga tak perlu dihisab, hanya perlu masuk melalui mana-mana pintu syurga, tapi kerana sidia belum menemui kamu, maka masih ada urusan dunia yang belum selesai. Masih ada halangan untuk kamu masuk ke syurga sehinggalah sidia menemui kamu dan memohon maaf. Bayangkan berapa ramai yang sidia perlu jumpa, berapa banyak masa yang sidia perlukan, hingga dia berjumpa kamu.



Kamu mahu begitu? Sanggup tunggu sidia? Taknak masuk syurga dulu? Jangan sampai ego memakan diri sendiri.

Proses memaafkan tu banyak level. Kita maafkan dia, bukan berhenti setakat itu saja. Dia masih perlu melalui penghakiman di sana. Jadi, kenapa tak lepaskan saja diri kita. Apa dia buat, biar Allah yang balas.

Apabila 2 orang muslim bergaduh, Allah tak tengok siapa mulakan, siapa yang cari pasal. Tapi Allah tengok siapa yang minta maaf dulu. Dialah yang diangkat darjatnya walaupun dia yang bersalah.

Wah! Diangkat darjat kalau minta maaf dulu? Best kan? Takpelah, aku minta maaf walaupun tak ikhlas. Tak semudah itu. Keikhlasan itu penting. Andai mohon maaf sekadar di bibir, sekadar taip di whatsapp, di fb, bagai melepaskan batuk di tangga cuma, tapi hati masih marah, masih tak puas hati, masih taknak bertegur sapa, bermakna kamu masih belum melepaskan dan belum memaafkan. Ingatlah, hanya kamu & Allah yang tahu niat hati kamu. Ikhlaskan sepenuh hati, percayalah kamu akan rasa lega dari satu bebanan berat.



Mohon maaf tak menjatuhkan maruah, pohonlah maaf walau kamu tahu kamu tak salah.

Memaafkan takkan mengubah masa lalu, tapi akan memudahkan masa hadapan. IN SHAA ALLAH.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,609 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen