Bantu Tanggung Keluarga Kerana Gaji Isteri Lebih Besar, Ini Suami-Suami Kena Faham.

 

Seorang suami wajib menyediakan tempat tinggal, makan minum, pakaian serta pelindungan buat anak-anak serta isteri mereka. Itu merupakan tanggungjawab buat suami serta nafkah yang perlu disediakan oleh suami. Suami adalah seorang ketua keluarga yang akan menjadi contoh serta pembimbing yang baik buat isteri dan juga anak-anak.

Namun begitu, kadang kala kita tidak tahu apa yang akan terjadi dikemudian hari. Mungkin si suami akan kehilangan perkerjaan serta pendapatan bulanannya yang mengakibatkan isteri terpaksa menanggung segala perbelanjaan rumah seorang diri. Boleh jadi juga kalau pendapat isteri lebih besar dari suami sehingga isteri turut membantu suami untuk memastikan kehidupan anak-anak dan juga diri lebih selesa.



Ini adalah antara realiti kehidupan hari ini. Bahkan ia juga akan menjadi teka teki di hati pasangan suami isteri.

Umum mengetahui bahawa nafkah keluarga merupakan tanggungjawab si suami untuk menyediakannya, namun bagaimana sekiranya ketua keluarga itu tidak bekerja atau pendapatannya sedikit berbanding isterinya yang mempunyai pendapatan jauh lebih besar?

Hukum asal adalah wajib buat suami memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, namun sekiranya isteri yang bertindak memberi nafkah kepada kedua-dua kumpulan insan itu, perkara itu dikategorikan sebagai ihsan dan besar ganjaran buat dirinya.



Tanggungjawab suami memberi nafkah kepada isteri ada disebut dalam al-Quran maksudnya: “Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu, dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya.” (al-Baqarah: 233)

Sementara itu, Rasulullah SAW menyarankan agar golongan lelaki mencari nafkah untuk dirinya dan ahli keluarga lain, selain lebihan rezeki yang diperoleh boleh dikongsi bersama ahli keluarga terdekat serta golongan memerlukan.

Daripada Jabir r.a., bahawa Rasulullah bersabda: “Mulakan nafkah dengan dirimu. Jika berbaki, berikanlah kepada ahli keluargamu. Jika masih berbaki, berikanlah kepada saudara-maramu yang terdekat dan jika masih berbaki lagi, berikanlah kepada mereka dan seterusnya.” -Riwayat al-Bukhari



Biarpun dibolehkan untuk si isteri untuk menanggung nafkah keluarga, tetapi adalah lebih baik sekiranya suami itu mencari pekerjaan biarpun hanya memperoleh gaji yang kecil.

Sekiranya masih juga gagal mendapatkan pekerjaan biarpun telah mencuba nasib dalam pelbagai sektor industri, bantulah si isteri di rumah dengan kudrat yang ada. Jangan pula asyik bersila panggung dan ‘membuta seharian’ di rumah.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,834 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen