6 Cara Untuk Pulih, Apabila Insan Yang Anda Sayang Pergi Untuk Selamanya.

 

Bangkit setelah putus cinta atau selepas proses perceraian, sedikit sebanyak tidak sama situasinya dengan mereka yang cuba untuk bangkit setelah kehilangan yang tersayang buat selamanya. Insan tersebut pergi mengadap Ilahi dan kita disini perlu kuat untuk meneruskan kehidupan. Jalan hidup yang dilalui setiap insan pasti berbeza.

Namun Sedemikian, Ada 6 Cara Untuk Pulih Sekiranya Anda Sedang Mengalami Situasi Sebegini…

1. Mencari keredhaan.

Kita sukar untuk menerima hakikat bahawa insan tersebut telah pergi untuk selamanya adalah kerana kita tidak redha. Anda tidak boleh menerima hakikat, bahawa si dia sudah pergi mnegadap Ilahi, walhal anda di sini terkapai-kapai keseorangan. Rasa sunyi sepi, seolah-olah hilang tempat pergantungan.

Tidak kira apa jua status hubungan kalian, impak yang dapat dirasakan pasti memberi kesan yang sangat besar dalam kehidupan anda.

Jadi, carilah keredhaan. Redha itu adalah satu perasaan dimana anda sanggup dan ikhlas untuk melepaskan sesuatu kepunyaan anda. Namun, di sini si dia kepunyaan akhirnya bertemu dengan pencipta-Nya.

2. Memilih jalan yang betul.

Jadi, sekarang ini anda yang mempunyai kuasa mutlak untuk memilih jalan hidup anda sendiri. Anda perlu berperang dengan diri sendiri, sama ada mahu menjagi ceria atau murung buat selamanya? Jika kebahagiaan yang anda cari, sudah tentu anda mengetahui maksud redha yang sebenar. Anda sudah belajar untuk menerima hakikat sesuatu perkara.

Hanya anda seorang sahaja yang boleh berperang untuk membuat pilihan. Untuk mengubah jalan hidup anda. Tiada orang lain.

3. Mencari kekuatan.

Agak sukar untuk mencari kekuatan sekiranya si dia yang pergi adalah tempat pergantungan seratus peratus bagi anda. Oleh sebab itu, dalam kehidupan tempat pergantungan kita adalah pada Allah SWT. Jika terlalu bergantung harap pada mahkluk-Nya, tidak hairan kita akan sentiasa kecewa dan menjadi murung.

Kekuatan yang utama adalah dekatkan diri dengan Allah SWT. Diri sendiri yang membuat pilihan. Jadi, pilih ke jalan Allah SWT.

4. Mencari peluang untuk sibukkan diri.

Sekiranya fizikal dan mental anda tidak sibuk menjalani aktiviti harian, dan hanya terperap di dalam bilik sahaja, tidak mustahil jika anda susah untuk pulih. Duduk didalam bilik sambil mengingati segala kenangan yang akhirnya membuat anda tidak henti-henti untuk menangis. Jadi, carilah peluang untuk sibukkan diri anda dengan aktiviti.

Kalau ada sahabat atau ahli keluarga mengajak anda untuk melakukan aktiviti, tolong jangan menolak, dan menganggap mereka tidak memahami diri anda. Hanya dengan cara begitu mereka ingin menyelamatkan anda daripada kemurungan.

5. Menjaga diri.

Yang paling penting adalah, anda perlu bijak untuk menjaga diri selepas kehilangan si dia buat selamanya. Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya, jangan kerana kehilangan si dia, anda mula tidak menjaga diri. Anda merasakan, tiada sebab untuk menjaga penampilan dan kesihatan, kerana si dia sudah pun tiada.

Ingat, badan yang anda miliki sekarang adalah amanah dari Allah untuk kita jaga. Nanti akan dipersoalkan, kenapa tidak menjaga kesihatan sedangkan Allah sudah bagi cukup tanpa cacat cela. Tidak bersyukur-kah kita?

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,853 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen