Tanda Seseorang Itu Tidak Mahu Mengenali Anda Dengan Lebih Dalam Lagi.

 

Apabila kita mula meminati seseorang, sudah tentu kita ingin mengenalinya dengan lebih rapat malah lama kelamaan ingin memilikinya. Pasti anda juga ingin tahu kalau kalian serasi ataupun tidak. Menyukai seseorang itu memang mudah, tetapi untuk membuat seseorang terima dan menyukai kita semula itu bukanlah satu hal yang mudah.

Penat berteka teki kalau hanya korang sahaja yang beria-ria. Jadi korang mesti nak tahu perasaan si dia jugak bukan?

Kalau tak suka boleh angkat kaki tapi kalau suka mana tahu jodoh bersama. Walaupun pihak korang dah tentu menyukai si dia, macam pula dengan si dia?

Haaaa, untuk kenal pasti lebih dalam lagi tentang perasaan dia. Perhatikan perkara-perkara di bawah ini. Kalau mereka lakukan perkara ini, nampaknya korang dah boleh get ready untuk angkat kaki.



1. Tidak kesah jika tidak saling berhubung.

Biasanya kalau sedang hangat bermadu asmara ini, sudah tentu ingin selalu berhubung. Kalau sehari tak berhubung rasa tak lengkap hidup ini. Tapi macam mana pula hubungan korang? Si dia dah call atau mesej korang hari ini? Kalau dalam sehari taka da sebarang berita darinya, ini merupakan tanda awal yang diberi.

2. Perbualan yang membosankan.

Biasanya perbualan dari orang yang saling menyukai ini sudah tentu penuh dengan kegembiraan dan rasa teruja. Tetapi berlainan pula dengan kalian. Hanya anda sahaja yang kelihatan beria-ria tetapi si dia pula hanya membawa perbualan ke arah membosankan.

Kalau setiap kali berhubung dan bertanyakan soalan yang sama dan diakhiri dengan diam, itu bukanlah petanda dia menyukai anda.



3. Tidak bercakap mengenai masa depan.

Selalu kalau dah suka ini sudah tentu banyak perancangan yang telah dibuat. Terutama perancangan mengenai masa depan. Akan tetapi berlainan pula dengan hubungan korang ini. Nak cakap pasal perancangan masa depan pun susah ini kan pula nak cakap pasal perkahwinan.

4. Tidak bertanya banyak hal mengenai anda.

Orang yang sukakan kita ini selalunya mempunyai rasa ingin tahu tentang diri kita lebih mendalam lagi. Tapi kalau setiap kali berhubung korang je yang beria tanya pasal dirinya sedangkan dia tak, lebih baik anda bersiap sedia untuk move on je. Mereka ini langsung tak tunjukkan minat terhadap anda.

5. Nampak tidak menunjukkan minat.

Bila korang yang mulakan perbualan dulu, si dia pasti tidak menunjukkan minat yang baik. Dan paling kerap alasan yang digunakan “sibuk”. Kalau ini yang dia berikan kepada anda, sudah tentu dia tidak berminat untuk kenali anda dengan lebih mendalam lagi.



6. Tidak merancang untuk berjumpa.

Biasanya kalau mempunyai perasaan yang sama, sudah tentu rasa ingin berjumpa itu begitu terasa. Akan tetapi kalau dia menolak untuk berjumpa dengan anda atau tidak melakukan perancangan untuk berjumpa, nampaknya dia tidak mahu mengenali anda lagi.

Kalau orang yang korang minat lakukan perkara ini, lebih baik korang cari je orang lain. Orang sebegini sengaja main tarik tali kerana merasakan seronok apabila ada orang yang mengejar mereka. Sebabnya kalau dia suka sudah tentu akan mula ke langkah yang lebih serius. Jangan tunggu lebih lama kalau mereka seperti ini, jangan buang masa dan tenaga anda untuk menunggu mereka ini.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 448,490 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen