Ini 8 Tanda Orang Lelaki Hanya Anggap Korang Cuma Rakan Biasa Je.

 

Orang kalau dah suka mestilah nampak beria-ria bukan? Tapi kalau sekadar biasa-biasa aje nie, dia yang jual mahal atau memang tak nak dekat kita ini?

Memang susah nak main teka teki hati perasaan orang ini. Kadang kita ingat dia suka dekat kita rupanya sekadar anggap kawan sahaja. Aduh malu pulak rasanya kan?

Biasalah dalam mencari pasangan yang sesuai dan bakal teman kita sepanjang hayat ini bukan satu perkara yang mudah. Kalau kena reject itu perkara biasalah tapi jangan cepat mengalah pula.



Korang kena ingat, kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum.

Selagi ada peluang ejas la sampai boleh. Tapi kalau kena ciri macam dekat bawah ni, memang tak ada peluang nak ejas lagi dah.

Untuk korang di luar sana nak tahu lelaki itu suka korang atau hanya anggap kawan biasa sahaja, cuba check tanda-tanda ini seperti yang dikongsi dalam page IIUMC.

1 . Obviously jarang reply your chat.

Kalau cakap pasal busy nie, orang perempuan faham sahaja. Tetapi kalau mesej korang dibiarkan tidak berjawab, kena faham-faham sahaja lah.

Atau paling kurang pun, reply sepatah-sepatah. Rasanya dah cukup buat korang faham bahawa dia tak beria dengan korang.



2. Si dia tak pernah cakap hal kahwin.

Orang lelaki ini, kalau dia belum bersedia nak kahwin lepas itu kena pula cakap pasal kahwin memang mereka cepat rimas. Mungkin dia hanya anggap korang sebagai kawan biasa dan tidak terfikir untuk berkahwin.

3. If u had crush on him, dah confess but si dia nothing changes.

Sama ada lelaki tu dan berpunya atau memang tak ada perasaan dekat korang, bila dah confess pun tak ada yang berubah. Jadi, move on je la…

Orang lelaki kalau suka dekat korang boleh nampak. Use your instincts and brain. Satu hilang 10 datang gituw.

4. Dah confess, but si dia main tarik tali.

Kalau selepas korang dah confress tapi dia layan korang ikut mood, sampai korang pun takt ahu dia sayang korang atau tak. Cuba untuk deep conversation tanya si dia. If negative feedback undurlah diri. Sama ada dia perlukan korang time dia bosan atau dia selesa dengan korang sebagai kawan je.

5. Dia layan kau macam member member je.

Selalu keluar bersama, tapi bila cakap pasal perasaan dia rimas atau tukar topik. Jadi, dia lebih selesa untuk lepak dan bersembang dengan korang. Mungkin.



6. Talk about other girl.

Ini memang jelas sekali lah. Bila dia mula puji perempuan lain dan cerita pasal perempuan laian memang dia anggap korang macam kawan aje la. Makan hatilah masa ini.

8. Kawan kawan dia kenal korang sebagai kawan baik.

Kalau berjumpa dengan kawan-kawannya, dia hanya kenalkan sebagai kawan sahaja dan tak cerita perkara yang lebih-lebih pasal korang. Ini memang korang kena friendzone dah ini.

9. Tak penah ingat tarikh penting.

Dia tak penah ingat tarikh penting korang? Birthday korang pun dia tak wish? Korang rasa dia ada ke hati dekat korang?

Kalau dia terus dengan macam itu, korang dah boleh angkat kaki dah. Dari tunggu lebih lama dan buang masa je, baik cari lelaki lain.



Anggap je la perkenalan korang itu hanya menambah pengalaman hidup. Jangan pernah berdendam lebih baik doakan baik-baik sahaja. Jangan takut untuk cuba dengan yang lain, setiap orang ada jodoh mereka sendiri.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 407,691 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen