Menurut Kajian, Berjalan Kaki Setiap Hari Boleh Jadi Awet Muda. Jom Baca!

 

Berapa ramai dikalangan kita yang mampu berjalan kaki sejauh lebih dari 6 km setiap hari? Kalau adapun hanya berjalan kaki pergi ke tempat parking atau pergi ke shopping mall. Tapi tidak ramai yang mahu mengamalkan ‘Brisk Walking’ atau berjalan kaki di taman rekreasi kerana malas dan keletihan.

Apa yang anda tidak tahu adalah, sekiranya anda mampu untuk berjalan kaki dengan kadar yang laju dan destinasi yang jauh, ia akan membuatkan wajah anda awet muda.

Kenapa Ia Boleh Jadi Begitu? Ini Kerana Berjalan Kaki Mampu..

1. Menghadirkan Perasaan Gembira.

Kajian mendapati aktiviti bersenam yang dilakukan secara berterusan akan mengurangkan kemurungan, kemarahan atau baran di dalam diri seseorang.

Maka, berjalan kaki akan menggembirakan hati kita kerana aktiviti berjalan kaki iaitu sejenis senaman ini merembeskan hormon endorfin dimana ia adalah satu hormon yang memberikan rasa bahagia kepada tubuh seseorang. Apabila seseorang bahagia, dia akan tersenyum, ketawa, tidak mudah marah, tenang dan tidak mudah melatah.

Apapun, perkara-perkara di atas, penting untuk awet muda tu!

Pengeluaran endorfin perlu dirangsang. Antara jalan termudah adalah dengan bersenam.

2. Menghadirkan Rasa Ketenangan.

Selain daripada itu, bagi individu yang berasa sukar hendak menyelesaikan sesuatu masalah, mereka digalakkan berjalan. Ini kerana aktiviti ini merupakan pemangkin untuk seseorang bertenang dan hasilnya dapat berfikir secara lebih kreatif.

3. Pembakaran Kalori.

Apa yang pasti, tubuh anda akan membakar kalori, ukuran pinggang dan pinggul anda akan mengecil juga kaki anda akan terbentuk dengan lebih cantik. Tubuh anda akan menjauhi penyakit-penyakit yang berkaitan dengan lebihan kalori dan kolesterol.

4. Menjadi Individu Yang Berdisiplin Tinggi.

Apabila anda sudah menjadikan aktiviti ini rutin iaitu anda melakukannya secara istiqamah, anda akan menjadi individu yang bermatlamat dan berdisiplin. Anda tidak pernah terlewat untuk menjadikan hari ini lebih baik daripada semalam. Bukankah semua itu menyumbangkan kepada… awet muda?

Muda bermaksud bertenaga, berdikari dan dapat berkhidmat kepada keluarga, masyarakat dengan lebih selesa. Apatah lagi kemudaan yang didapati dengan jalan bersusah payah (bersenam).

Jadi, Antara Tips Mudah Untuk Berjalan Kaki Dengan Betul Adalah…

1. Tubuh yang tegak, mata yang memandang ke hadapan. Kedudukan bahu, leher dan tulang belakang dalam keadaan rehat dan bertenang.

2. Pastikan perut ditarik ke dalam. Hayunkan tangan dengan siku yang dibengkokkan sedikit saat melangkah. Seterusnya, melangkahlah dengan tenang.

3. Hayunkan tangan dengan lebih bersemangat untuk meningkatkan kadar degupan jantung. Dengan cara ini, jantung juga melakukan senaman.

4. Pastikan anda minum air secukupnya ketika dan selepas bersenam untuk menggantikan air dalam tubuh yang keluar melalui proses perpeluhan.

5. Apabila bersenam, seringkali kita diingatkan agar memulakan dengan pemanasan badan dahulu.

6. Sudahi aktiviti ini dengan menyejukkan badan iaitu aktiviti regangan.

Semoga Bermanfaat Dan Selamat Mencuba!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 454,476 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen