Bila Mood Isteri Mula Swing, Tetaplah Berada Di Sisinya Walaupun Mereka Menolak Meminta Anda Untuk Pergi.

 

Seorang suami kena lebih kuat berbanding isterinya. Ini kerana, suami perlu melayani segala perkara berkenaan isteri yang kadang kala akan menduga kesabaran malah kadang menguji ego suami. Isteri ini memang sukar untuk difahami isi hatinya.

Bukan suami sahaja yang tidak faham dengan emosi isteri kadang kala isteri sendiri pun tidak faham dengan emosi mereka. Lagi-lagi bila mood yang tidak elok datang mengusik, itu yang nak menangis lah, nak marah lah, nak merajuk lah dan pelbagai lagi.

Sebab itulah suami-suami perlu bijak memainkan peranan dalam keluarga. Kalau dibiarkan nanti takut makin melarat. Sedikit nukilan daripada Intan Dzulkefli berkaitan isteri-isteri yang suami patut fahami.



Kadang bila dah bertahun kahwin, sampai satu masa bila si isteri ni mula mahu marah-marah, salah sedikit pun muka sudah berubah, anak pun dimarahnya walau salahnya kecil, suami pun sudah boleh faham sendiri.

Adalah hal yang tidak kena tu.

Dan bila isteri meluahkan perasaannya dengan emosi, dia pun redha sahaja sediakan mata, telinga dan hati untuk menadah. Sebab dia faham waktu itu isterinya 'tidak waras' pun.

Walau dia sendiri tak faham kenapa apabila isteri marah isteri menangis. Apabila suami pujuk dan minta maaf pun isteri akan juga menangis.



Tetapi demi sayang, dia cuba untuk tetap berada di sisi wanita itu walau sedaya mana dia usahakan untuk memahami, kadangkala tewas juga dia dalam pertempuran itu. Ah, susahnya!

Kerana hakikatnya wanita itu sendiri tidak mengerti mengapa dia bersikap sebegitu dan sebegini. Kenapa dia marah tetapi dalam masa sama dia sayang, kasihan, tak sampai hati. Dan kadang yang dia marah itu sebenarnya dengan dirinya.

Di dalam dirinya pun bertempur dengan diri sendiri!

Sebab itu, kalaunya orang perempuan itu marah dengan suami, dia menangis. Kalau dia yang dimarahi suami pun dia akan menangis.

Kerana wanita itu adalah sulit dan penuh rahsia. Sekiranya dijadikan kitab, entah berapa jilid bahagiannya yang mungkin tak sempat habis.



Kerana apa, kerana penulisnya sudah meninggal tanpa sempat memahami wanita sepenuhnya.

Percayalah, yang isteri kalian minta bukan untuk memahaminya kerana mereka sendiri pun selalu tak mengerti diri mereka sendiri. Cuma, walau bagaimanapun tetaplah ada di sisi mereka serta maafkanlah segala kesalahan mereka sentiasa tanpa jemu.

Walau mereka meminta kamu pergi, tetaplah ada di sisi. Peluklah mereka seeratnya walau mereka cuba menolak. Jangan lepaskan genggaman tangan sekalipun mereka cuba meregangkan ikatan itu.

Kerana isteri itu, sentiasa memerlukan suami mereka walau mulut mereka lain bicara. Namun, di dalam hati mereka sentiasa berharap menjadi bidadari syurgamu selamanya.

Intan Dzulkefli
070719
Hari mood swing tak ingat akhirat.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,834 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen