Jadilah ‘Single’ Yang Berkualiti…

 

Ramai dikalangan anak muda menganggap kehidupan sebagai orang bujang atau single ini ‘Toksik’. Mereka menganggap kehidupan sebagai single itu toksik kerana:

  • Sentiasa #foreveralone
  • Single itu menyedihkan.
  • Single boleh buat jadi murung.
  • Single itu tak bahagia.
  • Single sebab diri tak laku. (Menghina diri sendiri)

Jadi, kenapa perlu ada stigma pada budaya single ini?

Kenapa tidak boleh jadikan kehidupan sebagai single itu adalah budaya positif?

Kenapa tidak boleh jadikan kehidupan single itu menyeronokkan?

Adakah Introvert, Si Single Yang Tidak Berkualiti?

Sudahlah pendiam, pasangan pun tiada, amat menyedihkan…

Itulah persepsi kita pada golongan sebegini.

Namun, jangan ingat individu introvert ini adalah single yang tidak berkualiti kerana mereka hanya bergerak solo dan janggal untuk sesuaikan diri dalam keramaian. Cuba lihat hidupnya….

Tidak bergantung pada orang ramai….

Tidak menyusahkan orang ramai…

Tidak mengelirukan atau mempermainkan hati dan perasaan orang ramai…

Malah, dirinya bijak untuk terhindar dari pelbagai kontroversi yang mampu mencemarkan namanya sendiri. Boleh dikatakan sebenarnya individu introvert ini bijak untuk mencegah.

Individu introvert ini juga mampu untuk menjadi seorang ‘Pseudo Extrovert’, dimana mereka sebenarnya mampu untuk bercakap berhadapan dengan orang ramai. Siapa cakap individu introvert si single tidak berkualiti?

Menurut Islam.

Islam juga ada menjelaskan tentang peribadi seseorang individu berdasarkan akhlak dan juga peribadi.

“Seseorang bertanya kepada Nabi: ‘siapakah manusia yang paling baik wahai Rasulullah?’

Nabi menjawab: ‘Orang yang berjihad dengan jiwanya dan hartanya di jalan Allah’.

Lelaki tadi bertanya lagi: ‘kemudian siapa?’

Nabi menjawab: ‘Kemudian orang yang mengasingkan diri di lembah-lembah demi untuk menyembah Rabb-nya dan menjauhkan diri dari kerosakan masyarakat”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Malah, hadith di bawah sudah menjelaskan bahawa menjadi seorang yang ‘single’ yang berkualiti itu mampu mencegah diri daripada kebebasan dalam bersosial. Tahu mana yang baik buruk yang boleh diikut dan dielakkan.

Kata Imam al-Nawawi:

“Yang lebih rajah (pendapat terpilih) adalah menjelaskan lebih dalam isu bergaul dengan masyarakat yang teruk, bagi orang yang menyangka dengan kuat bahawa dia tidak akan ikut terjerumus dalam maksiat. Bagi orang yang ragu dia akan ikut bermaksiat atau tidak, maka yang lebih utama baginya adalah uzlah. Sebahagian ulama mengatakan, keputusannya bergantung pada keadaan tertentu”

(Syarah Sahih Muslim)

Jadilah Si Single Yang Berkualiti.

Tidak kira sama anda adalah seorang yang introvert, extrovert atau ambivert, jadilah single yang berkualiti. Lihat pada keadaan sekeliling, dan pilih dengan bijak. Jadilah single yang tahu mana baik buruk perjalanan hidup.

Jika pilih jalan kepada Allah SWT, Insya Allah mudah segala urusannya…

Jika pilih bukan ke jalan Allah SWT, maka banyaklah cabaran, dugaan, makian dan ujian yang perlu anda tempuhi…

Anda sendiri yang pilih.

Dan anda seorang sahaja yang boleh UBAH diri sendiri!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 453,901 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen