8 Ayat Yang Perempuan Nak Dengar Dari Mulut Lelaki.

 

Secara tipikal, kita sebagai manusia sudah tentu mahu mendengar ayat-ayat yang hanya sedap didengar, tidak merumitkan dan mampu untuk memberi semangat. Pendek kata, kita memang mahu mendengar apa yang kita mahu dengar sahaja.

Begitu juga dengan kaum perempuan, dimana mereka mahu mendengar apa yang mereka mahu dengar sahaja. Ini kerana mereka mahu lakukan apa yang mereka inginkan. Jika perkara tersebut seperti diluar bidang, sudah tentu berasa berat untuk melakukan urusan tersebut.

Seolah-olah ia dilakukan secara terpaksa.

Jadi, Bagi Lelaki Yang Mahukan Isteri Atau Pasangan Kekasih Tidak Melakukan Sesuatu Urusan Secara Terpaksa, Atau Sayang Secara Terpaksa, Selalulah Ungkapkan 8 Ayat Ini…

1. “Awak tahu kenapa saya cintakan awak?”

Memang sudah lumrah menjadi kaum wanita yang sukakan ayat-ayat manis dan cinta. Kenapa mereka sukakan soalan ini daripada lelaki, kerana ia mampu membuat hatinya menjadi bunga-bunga malah tersipu-sipu. Dan dari sini juga mereka akan mengetahui bahawa lelaki tersebut memang menyayangi dirinya.

Setiap kali berdua, setiap kali keluar dating, tanya sahaja soalan seperti ini, pasti mereka akan suka.

2. “Awak betul….”

Apabila berlaku sahaja pergaduhan dengan kaum perempuan, mereka sebenarnya mahu tahu bahawa pendapat mereka semuanya betul. Sebab kadang-kala apa sahaja pendapat yang dia tekankan, sebenarnya ia memang betul. Situasi ini lelaki yang banyak terlepas pandang. Jawab sahaja..

“Ya, awak betul…”

Tapi…

“Ya, awak betul sayang, cuba dengar pendapat saya pula boleh?”

“Sayang, awak sedar tak suara awak dah semakin tinggi, cuba relaks dulu…”

Kalau dua-dua pihak nak menang, memang sampai bila-bila takkan selesai. Sebenarnya ada cara untuk anda memberi pendapat anda, bukan dengan cara nak menang sahaja.

3. “Cantiknya awak ni…”

Perempuan mana yang tidak cair apabila mendengar ayat sebegini, kan? Boleh nak puji kekasih atau isteri anda cantik, tetapi biar betul caranya. Kalau “Awak cantik hari ni..”, nanti si dia akan menjawab..

“Habis, selama ni saya buruk?”

Lelaki sepatutnya memberi statement yang boleh membuatkan seorang wanita itu mampu terkedu dan tiada jawapan untuk membalas.

4. “Kita sama-sama harungi cabaran ini…”

Kenapa kaum wanita suka dengan ayat sebegini? Ayat ini menunjukkan anda masih jadikan dia sebagai orang yang penting dalam hidup anda. ‘Kita’ tu penting. Ini juga menandakan anda tidaklah melakukan sesuatu urusan berseorangan atau membelakangkan si dia.

5. “Kalau awak nak luahkan perasaan, saya ada ni….”

Kenapa kaum wanita memiliki ramai bff? Kerana mereka amat memerlukan pendengar setia. Mereka amat memerlukan seseorang yang mampu mendengar tanpa mencelah memberi pandangan yang negatif. Itu lumrah kaum wanita.

6. “Awak kurus lah…”

Kaum wanita ni sensitif dengan perkataan ‘gemuk’, jadi elakkan menyebut perkataan ‘gemuk’ tersebut. Sekiranya anda mengungkap dengan…

“Awak tak nampak gemuk pun..”

“Jadi, awak memang nak cakap saya gemuk la sebelum ni?”

7. “Saya tak faham, tapi saya cuba untuk faham…”

Kaum lelaki kalau tak faham, memang hanya mendiamkan diri dan cuba fikir solusi berseorangan. Ia boleh dilakukan ketika anda masih bujang, tapi….

Jangan lakukan ketika anda dengan kekasih atau isteri.

Ketika anda dengan seseorang yang istimewa, elakkan untuk kerap berdiam diri dan menyelesaikan masalah berseorangan. Jangan nak faham sorang-sorang. Beritahu mereka yang anda tidak faham, dan anda cuba untuk fahamkan. Komunikasi penitng, ya!

8. “Saya nak awak…”

Ungkapan sebegini mempunyai maksud yang sangat dalam. Namun, apa yang kaum wanita tahu dengan ayat sebegini adalah, anda amat mencintai dirinya, anda mahu si dia seadanya, anda mahu si dia sentiasa di sisi dan seumpama dengannya.

Selamat Mencuba dan Selamat Beramal!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,496 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen