Awas! Produk Mengandungi 'Camphor' Adalah Dilarang Untuk Kanak-Kanak Bawah 2 Tahun.

 

Tidak semua perkara sesuai digunakan buat anak-anak yang masih kecil. Anak-anak yang masih kecil ini biasanya masih belum tahu bagaimana untuk menyatakan sesuatu perkara, maka dengan itu ibu bapa perlu lebih berhati-hati dalam melakukan sesuatu.

Anak-anak ini lebih sensitif malah ia juga lebih mereka ini memiliki produk khas yang sesuai buat mereka. jangan hanya kerana kita mendengar kata-kata orang bahawa produk itu sesuai untuk anak mereka maka kita pun menggunakan perkara yang sama.

Anda perlu lakukan penyelidikan terlebih dahulu sebelum memberi sesuatu kepada anak-anak anda. Tahukah anda bahawa produk mengandungi CAMPHOR adalah DILARANG untuk kanak-kanak bawah 2 tahun.



Apa itu Camphor? Camphor itu di hasilkan dari sejenis kayu pohon Camphor. Kini, ianya dihasilkan secara kimia menggunakan minyak turpentine.

Antara produk yang menggukan produk ini sebagai bahan asas adalah produk seperti Vicks VapoRub, Mopiko, minyak cap kapak dan lain lain.



Kegunaan:

• Produk Camphor boleh disapu pada kulit (aplikasi topikal) atau dihidu.

• Sapuan produk yang mengandungi Camphor di gunakan untuk melegakan kesakitan dan mengurangkan gatal-gatal. Ia juga telah digunakan untuk merawat jangkitan kulat kuku, ketuat, luka sejuk, buasir, dan osteoartritis.

• Adalah penting untuk tidak memakai camphor untuk kulit pecah, kerana ia boleh memasuki badan dengan cepat dan mencapai kepekatan yang cukup tinggi lalu menyebabkan keracunan.

• Sesetengah orang menggunakan camphor untuk merawat penyakit saluran pernafasan dan mengurangkan gejala batuk dan selsema.

Bagaimanakah ia berfungsi?

• Camphor berfungsi dengan merangsang saraf yang melegakan gejala seperti rasa sakit dan gatal apabila digunakan pada kulit.

Keselamatan Produk

• Camphor adalah selamat di gunakan untuk kebanyakan orang dewasa apabila digunakan pada kulit dalam krim atau losyen dalam kepekatan yang rendah.

• Camphor boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan kecil seperti kemerahan dan kerengsaan kulit.

• Pengguna di sarankan untuk tidak menggunakan produk camphor atau produk yang mengandungi lebih daripada 11% camphor.

• Camphor juga SELAMAT untuk kebanyakan orang dewasa apabila dihirup sebagai wap dalam jumlah kecil sebagai sebahagian daripada aromaterapi.

• JANGAN panaskan produk yang mengandungi bahan camphor (Vicks VapoRub, BenGay, Heet, banyak lagi) dalam microwave.

• Produk ini boleh meletup dan menyebabkan luka terbakar yang teruk.

• Produk-produk yang mengandungi camphor adalah tidak sesuai di gunakan apabila digunakan untuk kulit pecah atau cedera. Camphor mudah diserap melalui kulit pecah dan boleh mencapai tahap toksik dalam badan.

Langkah berjaga-jaga & amaran khas:

i. Kehamilan dan menyusu:

Mengambil camphor melalui mulut (makan) adalah TIDAK SELAMAT semasa mengandung atau menyusu. Keselamatan penggunaan produk mengandungi camphor kepada kulit semasa mengandung atau menyusu tidak diketahui.

ii. Kanak-kanak:

i. Camphor adalah KURANG SESUAI digunakan pada kanak-kanak apabila digunakan untuk kulit. Kanak-kanak cenderung menjadi lebih sensitif terhadap kesan sampingan.

ii. Camphor pastinya TIDAK SELAMAT untuk di makan.

iii. Sawan, kekejangan dan kematian boleh berlaku jika produk ini dimakan. Simpan barang-barang yang mengandungi camphor dari kanak-kanak.

Menurut kajian oleh penyelidik di Kolej Perubatan Albert Einstein Universiti Yeshiva. Kanak-kanak sangat terdedah kepada kesan toksik camphor, yang mudah diserap melalui kulit dan membran mukus. Ia boleh menyebabkan risiko SAWAN terutama kepada kanak kanak berusia kurang dari 2 tahun.

FDA telah menetapkan peraturan agar produk yang mengandungi bahan Camphor dilabel dengan betul.

Label larangan dan amaran kepada kanak kanak berusia kurang 2 tahun wajar di letakkan di luar produk agar ibu bapa tidak menggunakan produk tersebut kepada bayi dan kanak kanak kurang dari 2 tahun.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 413,595 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen