Lelaki Ini Kongsikan 3 Terapi Paling Penting Untuk Hilangkan Kepenatan Si Isteri.

 

Menjadi golongan isteri dan ibu dalam pada masa yang sama, amat memenatkan. Kepenatan yang dirasa kadang-kala tidak mampu diungkapkan. Kalau betul semua suami dapat merasakan penat dan lelah isteri selama berumah tangga, tidaklah asyik merungut kenapa makanan di meja tidak dihidangkan.

Wanita zaman sekarang ramai yang bekerjaya mencari rezeki juga berbanding dengan zaman dahulu, jadi tidak hairan sekiranya isteri berganda-ganda penatnya di rumah. Jadi, para suami perlu tahu terapi untuk menghilangkan kepenatan isteri dengan mengikut perkongsian dari Encik Taufiq Razif Ini…

********

3 Terapi DIY Untuk Hilangkan Kepenatan Isteri.  

No photo description available.

Pagi tadi isteri saya bagitahu dia dah mula rasa berdebar-debar. Rasa macam sesak je dada. Dia juga mengadu jadi mudah marah sejak akhir akhir ni.

Ish! Bahaya ni! Tak boleh pandang ringan dah ni kalau isteri saya mengadu macam ni. Ni dah ada tanda-tanda ringan depresi emosi ni.

Yelah, isteri saya ni kerja kat klinik. Kat sana dia kena hadap karenah pesakit yang tak berhenti. Kat rumah kena pula mengadap karenah anak dan suami. Ni belum jadi surirumah sepenuh masa tu. Tak dapat saya bayangkan betapa penatnya para surirumahtangga yang 24 jam non-stop bekerja di luar sana.

Nampak je isteri saya macam tu, terus saya buat ' terapi DIY ' pada dia tadi. Terapi ni semua suami boleh buat pada isteri masing masing.

1. Listening Therapy.

Saya mintak sungguh dia cerita pada saya. Saya paksa dia cerita kalau dia ada tak puas hati dengan saya. Rupa rupanya memang ada. Rasa tak puas hati tu dah seminggu lamanya tapi dia pendam! Benda tu benda remeh je tapi sebab dia pendam tu yang benda remeh tu jadi membusuk dalam dada.

Saya biar je dia luah semua tanpa saya jadi 'judgemental'.

Saya biarkan je dia luah semua dan hati saya terima je semua luahan dia. Alhamdulillah tiba-tiba si dia bagitahu saya ' terima kasih abang. Boleh luah ni pun dah buat saya lega'.

2. Hugging Therapy.

Perempuan ni kalau stress kebanyakannya sebab stress dalaman. Nak urus stres dalaman ni kena guna cara dalaman juga. Caranya adalah kita betulkan dan bahagiakan dalaman isteri kita dengan cara kita naikkan hormon Oxytocin si dia.

Cara mudah nak naikkan hormon Oxytocin tu adalah dengan pelukan.

Saya peluk je isteri saya dalam setengah jam juga. Korang akan perasan tiba tiba pernafasan isteri kita tu akan berubah menjadi dalam dan juga teratur masa kita tengah peluk tu. Tu tanda hormon Oxytocin isteri kita tengah meningkat dan si dia dah berada dalam keadaan yang sangat tenang la tu!

3. Massage Therapy.

Ni pun salah satu cara untuk naikkan hormon Oxytocin dan turunkan stress hormone isteri kita.

Urut je kat belakang dan belikat isteri kita tu. Tu lah tempat terbaik nak urut isteri yang kepenatan akibat banyak buat kerja rumah yang bertimbun tak siap siap tu.

Perlahan lahan otot yang keras dan kaku di bahagian belakang tu akan jadi lebih rileks dan lembut.

Tahu tak apa isteri saya cakap lepas saya buat Massage Therapy tu? Dia cakap 'Abang. Dah hilang dah! '

Rupanya semua depresi emosi ringan dia dan semua kepenatan dia hilang sekelip mata! Semua rasa berdebar, rasa sesak nafas dan rasa penat tu hilang macam tu je! Ni sekarang isteri saya tengah tersenyum senyum gembira macam baru dapat gelang emas gayanya . Kalaulah semua suami tahu dan praktik ilmu terapi DIY ni, alangkah bahagianya rumahtangga!

********

Semoga Bermanfaat Bagi Para Suami Dan Isteri!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 454,464 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen