Terperangkap Dalam Hubungan Toksik, Akan Mendera Emosi Anda.

 

Tidak semua hubungan yang melibatkan lelaki dan wanita ini adalah satu hubungan yang membahagiakan kedua-duanya. Ada kala hubungan tersebut hanya sekadar hubungan sahaja tetapi ia tidak melibatkan hati dan juga perasaan kasih sayang. Hubungan yang tidak membahagiakan ini dipanggil toxic, dimana pasangan yang terlibat tidak tahu dengan jelas mengenai hubungnya itu malah tidak tahu bagaimana untuk melepaskan diri dari hubungan yang menyesakkan ini.

Menurut Lilian Glass, seorang ahli komunikasi dan psikologi di California, hubungan asmara dikatakan toxic ketika kedua pihak tidak saling mendukung, tidak saling menghormati, dan juga tidak memiliki kebersamaan.



Tidak ramai orang yang sedar bahawa mereka berada dalam hubungan yang merosakkan emosi dan minda mereka ini. Apa yang mereka lihat disebalik hubungan toxic ini adalah kasih sayang yang melampau serta rasa takut kehilangan.

Apabila anda berada dalam hubungan toxic, terdapat pelbagai tanda yang akan muncul dan anda boleh rasainya sendiri perkara tersebut.



1. Gagal menjadi diri sendiri.

Jika dahulu anda ini seorang yang penuh dengan rasa dan gembira bersama rakan-rakan, kini tidak lagi anda kita mula kehilangan rakan-rakan anda malah anda juga sudah tidak seperti dahulu. Ini kerana, pemikiran anda sudah mula dikawal oleh pasangan anda malah pergaulan anda juga terbatas.

Bahkan anda juga tidak mampu membuka ruang untuk menyatakan sesuatu perkara, malah anda hanya dihujani kritikan yang hanya akan melemahkan kepercayaan diri anda sendiri.

2. Tidak dapat berkomunikasi dengan baik.

Setiap hubungan yang membahagiakan adalah dengan memiliki satu komunikasi yang baik. Di mana anda dan pasangan anda saling menerima dan juga mendengar. Cuba fikirkan semula bila kali terakhir anda dan pasangan miliki satu komunikasi yang baik?

Jika pasangan anda tidak mahu berbincang dengan baik malah dirinya hanya membuka ruang untuk dia sendiri bercakap sahaja itu bukan lah satu perkara yang baik. Apa yang lebih teruk lagi apabila dia melakukan keganasan emosi terhadap anda sehingga anda hilang keyakinan diri, hati-hati akan perkara seperti ini.

Apa yang lagi jelas anda dirinya suka melemparkan kata-kata yang kasar serta kesat, jika dia kerap memperlakukan seperti itu maka anda harus berhati-hati untuk meneruskan hubungan dengan dirinya.



3. Sentiasa berada dalam kawalan pasangan.

Apabila pasangan anda sejenis suka mengatur serta mengawal setiap perkara yang anda lakukan, itu merupakan perkara yang paling jelas bahawa anda dalam hubungan toxic. Setiap perkara yang anda mahu lakukan perlu mendapat persetujuan serta kebenaran daripada dirinya malah jika dirinya tidak bersetuju maka anda tidak boleh melakukan hal tersebut.

Walaupun kelihatannya jelas, malangnya banyak yang tidak menyedari bahawa mereka telah dikendalikan dan memasuki perhambaan hubungan toksik. Ramai menganggap bahawa pasangan mereka melakukan ini kerana mereka terlalu sayang akan dirinya sedangkan ia adalah satu hubungan yang tidak sihat.

4. Sukar untuk berkembang.

Sebagai pasangan yang menyayangi serta mencintai anda, sudah tentulah dirinya itu akan sentiasa menyokong anda dalam setiap perkara yang anda lakukan demi kebahagiaan anda. Malah, dia adalah orang pertama yang menyuarakan pendapat serta galakkan. Akan tetapi jika pasangan anda bukan seperti ini malah hanya memandang rendah serta menganggap bahawa anda tidak mampu melakukan perkara tersebut, dia bukanlah pasangan yang baik.

Menurut ahli psikologi Amerika, Gregory Kushnick , perkembangan diri dan keinginan untuk belajar dilihat sebagai ancaman pasangan anda itu.



5. Mendapat tentangan daripada rakan-rakan serta ibu bapa.

Hubungan yang bahagia biasanya akan mendapat restu daripada semua pihak. Di mana hubungan itu menjelaskan kebahagiaan di wajah anda. Akan tetapi jika satu hubungan itu mendapat tentangan daripada orang sekeliling anda, itu bukanlah satu hubungan yang baik buat anda.

Restu orang sekeliling juga akan memberi anda kebahagiaan serta dapat menjauhkan hubungan toksik yang sememangnya akan merosakkan diri anda sendiri.

pilihan sentiasa terbuka untuk kita. Jika kita mahukan sebuah kebahagiaan dalam hubungan, maka jangan takut untuk tinggalkan hubungan yang tidak sihat. Anda mungkin rasa bahagia tetapi itu hanya luaran sahaja sedangkan di dalam hati anda merasa penuh dengan kekecewaan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,367 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen