Bercinta Dengan Pasangan Berstatus Ibu Bapa Tunggal Ini Kadang Kala Menguji, Tapi Ini Yang Boleh Anda Buat Bagi Hubungan Menjadi.

 

Jodoh itu sememangnya tidak terduga dengan siapa, bahkan boleh jadi kita kan berjodoh dengan orang yang paling kita benci. Tapi bukan itu yang menjadi topik kita kali ini. Pernah atau tidak anda yang maish bujang ini terfikir bagaimana jika kalian menjalinkan hubungan dengan seseorang yang memegang status single mother atau single father ini?

Sesetengah orang mungkin keberatan untuk menjalinkan hubungan dengan ibu bapa tunggal ini. ini kerana, terdapat pelbagai cabaran yang mesti dihadapi malah anda harus lebih bijak dan teliti dalam hubungan ini terutama jika mereka ini sudah memiliki anak dari hasil perkahwinan terdahulu.



Bermula dengan satu perkara yang serius, jadul yang padat serta masalah anak-anak kadang kala akan menjadi penyebab anda tidak mahu mendekati mereka ini. Akan tetapi jika anda sudah jatuh sayang dan sukakan pasangan yang mempunyai pengalaman seperti ini, terdapat beberapa tips yang akan membantu hubungan anda berjalan dengan lancar.



Bercinta dengan pasangan yang sudah memiliki anak ini tidak mudah, walau bagaimanapun kerana sayang sudah tentu anda sanggup untuk mengatasinya.

1. Fahami keutamaan pasangan.

Apabila anda bercinta dengan mereka yang sudah miliki anak, sudah tentu anda perlu faham bahawa keutamaannya adalah anak-anaknya bukan anda dan juga hubungan. Kemungkinan besar dirinya akan lebih banyak masa menghabiskan masa bersama anak-anaknya berbanding dengan anda. Jadi anda perlu mencari jalan untuk menunjukkan kasih sayang anda kepadanya. Jangan hanya fokuskan antara anda dan dia sahaja, sesekali cuba fokuskan sekali anak-anaknya.

2. Jangan masuk campur masalah dengan bekas pasangannya.

Jika anda telah mendengar bahawa terdapat masalah yang serius antara pasangan dan juga bekasnya, cuba jangan untuk ikut campur masalah tersebut. biarkan mereka selesaikan masalah tersebut sendiri dan hanya akan memberi nasihat apabila dia mahukannya.

Cuba jangan mengeruhkan lagi keadaan yang sememangnya telah tegang itu. Cub untuk menjadi pendengar dan pendorong yang baik tanpa masuk campur masalah ini.



3. Dekatkan diri dengan anak-anak secara perlahan-lahan.

Jika anda baru sahaja berkenalan dengan dirinya, jangan terlalu terburu-buru untuk berkenalan dengan anak-anaknya. Pastikan anda bersedia dan yakin untuk berdepan dengan anak-anaknya dahulu. Jangan lupa bahawa anda sudah mula mengenali anak-anaknya dari pasangan anda dahulu sebelum berjumpa, cara ini lebih mudah untuk membuat kalian rapat.

Walau bagaimanapun, jangan lupa meminta nasihat pasangan anda sebelum anda menggunakan pendekatan kepada anaknya.

4. Menjadi orang yang boleh dipercayai.

Biasanya jika anda bertemu dengan pasangan yang berpisah melalui penceraian, masalah kepercayaan adalah perkara yang paling utama dalam perkara ini. Oleh itu, menjadi seseorang yang boleh dipercayai adalah sangat penting untuk pastikan hubungan berjalan dengan lancar.

Biasanya, pada peringkat awal jalinkan hubungan dengan mereka yang sudah mempunyai anak ini agak ragu-ragu, jadi membina kepercayaan kadang-kadang sukar. Tapi apabila anda sudah memilikinya, jangan pula anda sengaja mengecewakannya pula.



5. Ikut kata hati anda.

Biasanya hubungan yang sudah miliki anak ini akan kurang disenangi oleh orang sekeliling anda. Oleh sebab itu, anda perlu memikirkan semula mengapa anda menyukai dirinya. cuba untuk dnegar kata hati sendiri kerana anda lebih tahu apa yang anda mahukan.

Mungkin pada awal hubungan anda akan berdepan dengan masalah tetapi apabila anda sudah biasanya dengannya, itu bukan satu masalah bagi anda lagi.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 454,464 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen