Membelai Si Bulus Ini Mampu Kurangkan Risiko Penyakit Strok.

 

Penyakit strok atau angina ahmar adalah salah satu penyakit yang menakutkan bagi rakyat Malaysia. Ini kerana, penyakit ini mengakibatkan anda kehilangan upaya untuk anda melakukan rutian harian seperti biasa malah anda mungkin tidak mampu untuk melakukannya lagi.

Stroke ini terdapat pelbagai jenis, tetapi semuanya sangat menakutkan serta membimbangkan sesiapa sahaja. Tidak kira muda atau tua, strok ini mampu menyerang sesiapa sahaja.



Apa yang lebih membimbangkan adalah, penyakit ini mengambil masa yang lama untuk sembuh. Sudah tentu penyakit ini membimbangkan bukan?

Namun begitu, ada cara yang akan membantu anda untuk mengurangkan risiko strok ini. Bahkan ini adalah berita baik untuk peminat-peminat kucing.



Menurut Public Health Malaysia, terdapat kajian yang yang dilakukan kepada lebih 4000 individu selama tempoh 10 tahun menemui,

✔️ Pemilik kucing mempunyai 30% risiko yang lebih rendah untuk mendapat penyakit jantung dan strok berbanding individu yang tidak membela kucing.




Penjelasan disebalik penemuan kajian ini adalah berkaitan dengan pengurangan gejala stress dan kebimbangan serta kawalan tekanan darah yang lebih baik. Individu yang membela kucing juga kurang rasa keseorangan dan mempunyai mood yang lebih baik.

Kucing adalah haiwan peliharaan yang setia dan manja. Jika anda tidak mempunyai kucing, menonton video kucing di internet juga telah terbukti dapat meningkatkan tenaga dan menjana emosi yang positif!

Jadi selepas ini sesiapa yang kurang menyukai kucing itu bolehlah mula jinakkan diri untuk membela haiwan yang comel ini. Bukan sahaja manja malah ia juga dapat mengurangkan risiko strok.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,407 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen