“Nak Cari Bakal Suami Jangan Dengar Pada Ayat-Ayat Manis Sahaja, Tetapi Lihat Juga Pada Keperibadiannya…” Pesan Bonda Rozita.

 

Untuk mencari bakal suami yang berkualiti pada masa kini agak sukar memandangkan dengan peredaran masa yang berpaksikan teknologi semata. Peratusan suami yang berkualiti agak kecil yang menyebabkan ramai kaum wanita hidup membujang. Malah takut digelar wanita yang malang memilih suami pula.

Jadi, pada mereka yang sedang bercinta dan mahu mencari bakal suami, janganlah hanya tergoda dengan ayat-ayat, mahupun janji manis sahaja. Dengar sikit dah cair. Dengar sikit dah cinta. Dengar sahaja terus nak kahwin. Tapi lihatlah keluruhan pada lelaki tersebut, lihatlah keperibadian lelaki tersebut seperti yang dinasihatkan oleh Bonda Rozita ini…

********

Calon Lelaki Teman Hidup Yang Teguh – Bonda Rozita.

Assalamualaikum sahabat followers budiman..yang sentiasa menemani bonda setiap pagi.. poster bonda pada pagi ini..

Nak cari calon suami jangan pandang pada janjinya semata-mata….

Kena lihat betul-betul dari segi komitmennya….

Janganlah sesekali dengar dan percaya ayat-ayat manis yang keluar dari mulutnya….

Tapi wajar kena ada kepastiannya..!

Bukan hanya lihat dari segi hartanya sahaja..

Tapi kena lihat dari sifat tanggungjawabnya juga….

Dan bukan lihat dari segi handsomenya….

Kena lihat juga sisi keteguhannya dalam buat sesuatu perkara….

Dan bukan juga dilihat dari cara gayanya….

Tapi kena tengok ciri-ciri keperibadiannya….

Dan bukan hanya lihat dari statusnya..!

Tapi kena tengok pada nilai ilmunya….

Dan jangan sekadar lihat usianya….

Kena lihat juga kematangannya..

Dan akhir sekali bonda nak pesan…

Nak cari calon lelaki….

Carilah yang bukan kita tengok dari tahtanya….

Tapi lihatlah dari agamanya…

Kalau nak berjaya hidup kena banyak dengar cerita org tua-tua kerana secara tidak langsung kita akan matang dan bijak dalam kehidupan…

Walau orang tua banyak bebel tapi isi nasihat mereka sangat berharga…

Share pada teman-teman sebagai mutiara hati pilih lelaki untuk peneman hidup…

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 407,918 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen