Wanita Ini 15 Konsep Didikan Dr Syeikh Muszaphar Kepada Anak-anaknya Yang Patut Jadi Contoh Ibu Bapa.

 

Rasa sudah kecoh satu negara akan berita kanak-kanak berusia 12 tahu merogol anak asuhan maknya lebih dari sekali itu. Berita ini sudah tentu sangat mengejutkan sesiapa sahaja, terutama golongan ibu bapa yang tidak menyangka kanak-kanak seumur itu mampu bertindak sedemikian rupa.

Mengapa kanak-kanak terbabit mampu melakukan tindakan seperti itu?

Dari mana kanak-kanak ini mendapat tahu akan perkara sebegini?

Sudah tentu perkara-perkara sebegini akan menjadi tanda tanya sehingga membuat ramai ibu bapa mula mengambil tindakan yang sewajarnya demi masa depan anak-anak mereka agar tidak bertindak terhadap perkara yang tidak diingini. Tidak hanya menyedarkan ibu bapa sahaja, malah ia juga mampu membuka mata dan menjadi pengajaran buat semua lapisan masyarakat.



Ibu bapa seharusnya perlu sentiasa memantau anak-anak mereka walau sesibuk mana pun mereka. Macam perkongsian daripada Wawa Shauqi berkenaan angkasawan negara kita Dr Syeikh Muszaphar yang sentiasa peka untuk memantau anak-anaknya.

Murid darjah 6 merogol.

Saya tak mahu sentuh pasal tu. Dah jenuh dah.

Cuma saya nak ajak kita pegang dengan satu perkataan ni.

PANTAU.

King of Pantau dalam Malaysia ni pada saya ialah Dr Syeikh Muszaphar.

• Masa anak dia pantau.
• Kerja sekolah anak dia pantau.
• Makan anak dia pantau.
• Pembelajaran anak dia pantau.
• Hiburan anak dia pantau.
• Tunggu beberapa tahun lagi kita tengok calon suami anak-anak yang akan beliau pantau.

Walaupun dia seorang doktor, selebriti, instafamous dan duta pelbagai produk, dia sentiasa punya masa untuk pantau anak. Setiap apa yang bakal masuk ke otak anaknya, perlu melalui tapisan dan piawaian beliau.



Walaupun beliau nampak strict, tapi dipastikan supaya setiap dari tangki emosi anak-anaknya penuh setiap hari.

Kalau beliau yang sebegitu sibuk tidak meletak sebarang alasan untuk didik anak beliau dengan baik, apa agaknya alasan kita. Dalam memantau anak, tirulah cara beliau.

Nak bagi henfon kat anak pon dia bagi yang betul-betul berfungsi untuk buat panggilan dan mesej sahaja. Betul-betul untuk keperluan. Tak ada ruang untuk anaknya meneroka Bigo,Tiktok tu semua.

Jadi sporting untuk anak, tak ada salahnya. Tapi fikir panjang akan kesan sebelum membuka ruang sporting tersebut. Jangan kesannya sampai melibatkan masalah sosial, akidah dan sikap anak.

Tak kira apapun alasan, telefon pintar tidak wajar untuk jadi pendamping budak sekolah. Anak yang panjang langkah, fikir panjang sebelum belikan motor. Jangan biarkan masa anak terbazir dengan tv dan terperuk di bilik.

Pabila anak bermasalah, kitalah orang pertama yang perlu berubah. Orang yang terakhir untuk give up dengan anak adalah kita.

Mahu anak berdisiplin, kitalah orang pertama yang perlu betulkan disiplin. Bukan pondok tahfiz.

Aduh pedih kenyataan ni.

Tapi itulah kenyataan. Kejayaan anak perlukan pengorbanan seluruh ahli yang hidup serumah dengannya.
Biar mereka menangis sekarang. Jangan kita yang nangis kemudian hari.



15 Konsep Didikan Dr Syeikh Muszaphar Kepada Anak-anak:

1. Say 'i love you' pada setiap anak at least 10 times a day.

2. Jangan biarkan masa anak terbazir walau seminit. Isi dengan aktiviti educational.

3. Gunakan sebaiknya Golden Age anak2, iaitu usia 6 tahun pertama.

Isi sebanyak mana ilmu (of course with right method)
memandangkan fasa ini otak anak2 sedang berkembang dan amat tinggi potensi untuk ilmu yang dimasukkan jadi memori kekal dalam otak anak.

4. Inspire & encourage your kids to push their limit so that they will be tough, tak suka membuat alasan dan suka mencabar diri sendiri untuk berjaya.

5. Strict with your rules at the same time full of love.

6. Expose anak dengan macam-macam aktiviti aktif. Aktiviti kebajikan cepat mematangkan EQ anak.

7. Kanak2 sukakan rutin. Stick with routine

8. Children never get tired. So gunakan sebaik-baik masa untuk mereka penuhi dengan pelbagai aktiviti.

9. Communicate communicate communicate! Kneel down & bend down bila bercakap dengan anak (eye level) supaya mereka merasa apa yang kita cakap tu penting.

10. Never saya 'no' (its a one way communication). Use a lot of 'WHY'.

11. Start young! Jadi bila besar, mereka tak cepat penat, kita juga tak penat.

12. Home environment. Bekalkan kemudahan yang kondusif untuk anak-anak belajar. Jangan gaduh depan anak.

13. Belajar bahasa. Kanak-kanak sangat mudah belajar bahasa baru.

14. Identify signs of stress & reschedule.

15. EDUCATION STARTS AT THE AGE OF 6,

BUT LEARNING BEGINS AT BIRTH.

Wawa Shauqi
Queen of King Azmi

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,916 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen