Orang Lelaki Kalau Cemburu Mesti Buat 3 Hal Ini.

 

Rasa cemburu sememangnay perkara biasa dalam sesebuah hubungan. Perasaan ini akan muncul apabila kita terlalu sayangkan seseorang. Akan tetapi biasanya rasa cemburu ini lebih sinonim dengan orang perempuan, orang lelaki katanya mampu kawal rasa cemburunya itu.

Perasaan cemburu ini tidak boleh terduga, ia datang secara tiba-tiba apabila seorang yang kita sayang itu diganggu oleh orang lain. Biasanya rasa cemburu ini hadir apabila anda rasa tidak senang akan sesuatu perkara malah merasakan perkara tersebut lebih bagus daripada anda.



Cemburu tidak hanya fokus kepada hubungan cinta sahaja, tetapi ia boleh berbahagia kepada pelbagai keadaan. Ada sesetengah orang berpendapat bahawa cemburu ini bahaya dalam hubungan, bahkan ada juga yang berpendapat bahawa cemburu itu tanda kasih sayang.

Akan tetapi orang lelaki ini selalu orang yang sukar untuk menyatakan perasaan cemburunya. Ini kerana, bagi mereka rasa cemburu ini adalah satu perasaan yang keanak-anakan malah ia tidak sesuai dengan sikap lelaki yang penuh dengan rasa ego mereka.



Tak mudah nak tahu lelaki ini cemburu, akan tetapi rasa cemburu mereka itu boleh diketahui dengan sendiri. Macam mana nak tahu lelaki itu sedang cemburu?

1. Suka menuduh sesuatu yang tidak pasti.

Salah satu punca rasa cemburu adalah rasa bimbang dan juga cemas. Di mana orang tersebut berasa bahawa ia tidak selamat dalam satu hubungan itu malah sentiasa menuduh pasangannya dengan sesuatu yang tidak pasti.

Ini berlaku kerana lelaki tersebut merasakan tidak berdaya untuk bersaing dalam sesuatu perkara lalu membuatkan mereka membuat satu tuduhan yang tidak berasas. Biasanya perkara ini berlaku kerana si lelaki merasakan anda tidak berlaku jujur dalam hubungan tersebut.

Jadi jika pasangan anda suka menuduh tanpa sebab yang tidak pasti, mungkin si dia sedang cemburu terhadap perkara yang disangsikan itu.

2. Menjadi seorang yang lebih peka.

Apabila rasa cemburu mula menguasi hubungan, maka teman lelaki anda pasti akan menjadi lebih peka berbanding biasa. Di mana dia akan meminta anda untuk memberitahunya setiap pergerakkan. Walaupun perkara ini biasa dilakukan oleh si gadis, perkara sebegini juga menjadi satu kebiasaan lelaki yang cemburu.

Biasanya lelaki ini akan cuba mengawal anda dari jauh. Walaupun dirinya tidak mahu mengaku bahawa dia rasa cemburu akan tetapi jika ia melakukan ini, dia sedang cuba mengawal perasaannya itu.

Sebenarnya perbuatan ini akan menimbulkan pelbagai salah faham sebenarnya. Ini kerana, rasa tidak percaya pada anda dan orang sekeliling anda menyebabkan kalian akan saling silap dalam komunikasi.



3. Cuba menjauhkan anda dari orang lain.

Apabila rasa cemburu mula menguasi lelaki, mereka ini selalunya akan cuba menjauhkan perkara tersebut daripada anda. Jika dia tidak suka anda berada dalam keadaan itu, maka dia akan cuba menjauhkan anda daripada orang sekeliling anda.

Dia tidak mahu anda melebihkan sesiapa pun berbanding dirinya. Dia mahu anda menumpukan segala tumpuan dan perhatian kepada dirinya sahaja. Tingkah laku ini disebabkan dia mahu anda tidak mempunyai pelindungan selain dirinya.

Lelaki paling takut sekiranya dirinya ditinggalkan, maka dengan itu dia akan membuang dan memisahkan apa yang menjadi penghalang buat dirinya.

Jika anda melihat teman lelaki anda melakukan beberapa tindakan ini, itu tandanya dia sedang rasa cemburu akan tetapi dirinya tidak akan mengakui perasaan tersebut dihadapan anda.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,072 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen