5 Tanda Pasangan Anda Memendam Perasaan, Walaupun Ketika Itu Masih Mampu Tersenyum Kelat.

 

Sebagai manusia biasa, sudah tentu kita tidak boleh melihat perasaan sebenar individu yang lain. Kita bukannya seorang psikik, malah kita juga bukannya Tuhan yang boleh menilik fikiran dan perasaan peribadinya ketika itu.

Memang sukar untuk menjaga hubungan sesama manusia, terutamanya bagi mereka yang sedang bercinta dan juga sudah berumah tangga. Untuk berkongsi hidup bersama pasangan sudah tentu banyak cabarannya kerana kita sendiri tidak mengetahui hati dan perasaan si dia.

Jadi, Bagaimana Untuk Mengetahui Jika Si Dia Benar-Benar Pendam Perasaan Tidak Puas Hati Pada Anda Walaupun Pada Ketika Saat Itu Masih Mampu Tersenyum? Jom Lihat 5 Tanda Ini…

1. Banyak Mendiamkan Diri.

Pernah atau tidak melihat pasangan anda mendiamkan diri sepanjang hari sepanjang masa. Kalau jawab pun sepatah-sepatah lepastu hanya senyuman kelat…

“Okay..”

“Ya…”

Lagi teruk…

“Hmmmm…” sahaja…

Sekiranya ini yang terjadi, ia bermaksud pasangan anda sedang dilanda masalah atau memendam perasaan daripada anda.

2. Tiba-Tiba Semua Hal Nak Buat Sendiri.

Anda tahu, pasangan anda kalau boleh mahu anda sentiasa berada disisinya, walaupun boleh buat sendiri. Yela, mana boleh berpisah dengan pasangan, kan? Tetapi kali ini si dia mula buat semua hal dan perkara berseorangan. Tiba-tiba nak jadi berdikari katanya, tidak mahu susahkan anda.

Jika anda biarkan ia berlanjutan, takut-takut nanti hati si dia menjadi tawar dan tidak mahu meneruskan hubungan. Cepat-cepat tangkat hati mereka balik ya!

3. Mengelak Dari Anda.

Bukan sahaja secara tiba-tiba mahu menjadi berdikari, tetapi kalau nak berjumpa pun mengelak daripada anda sekiranya anda berdua sedang bercinta.

Jika pasangan yang sudah berkahwin, si dia mula mengelak semuanya daripada anda termasuklah untuk melakukan hubungan intim.

4. Suka Berkira.

Inilah masalah bagi mereka yang suka memendam perasaan. Apa jua yang anda lakukan sebenarnya tidak puas hati bagi dirinya. Kemudian suka berkira-kira. Sebelum ini, tidak kisah sekiranya guna duit dia dulu, tidak kisah tumpangkan anda ke mana sahaja, tidak kisah membazirkan masa dia, tetapi kali ini semuanya berkira.

Kiranya, semua urusan anda, anda sendiri kena tanggung. Urusan dia, dia yang tanggung sendiri. Begitulah…

5. Suka Protes.

Nak tahu sekiranya pasangan anda pendam perasaan ataupun tidak, cuba lihat tingkah lakunya. Sekiranya karakter dia berubah menjadi seorang yang suka protes, itu tanda dia memang tak puas hati dengan anda sebenarnya. Nampak sahaja kesilapan kecil yang anda lakukan, dia punya marah, macam anda telah lakukan jenayah pula. Haru….

Jadi, Sebelum Terlambat Sehingga Si Dia Tawar Hati, Lebih Baik Anda Alert Dengan Hati Dan Perasaannya, Ya!

P/s: Jangan tunggu sampai, disebalik senyumannya, sebenarnya dalam hati rasa nak bunuh anda pula =p

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,834 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen