Lelaki Ini Kongsikan 10 Perkara Yang Isteri Inginkan Dari Suami, Tetapi Suami Tidak Ambil Tahu.

 

Lelaki yang sudah bertukar status menjadi seorang suami kadang-kala merasakan berat tanggungjawabnya. Merasakan berat kerana sebenarnya tidak tahu apa yang isteri inginkan. Jadi, ikuti perkongsian nasihat dan pesanan daripada Encik Khairul Abdullah berkenaan dengan isu ini…

********

Ok guys, Nah ini dia 10 perkara yang isteri korang nak tapi korang tak tahu....

1. Rasa dicintai.

Memang kita ni insan lemah bab-bab melafaz cinta ni. Tapi apa yang kita boleh buat ialah dengan menunjukkan dengan cara lain seperti pegang tangan ketika berjalan atau balik rumah tu kau peluklah dia sekejap. Cukup. Tapi kalau kau boleh sering melafaz cinta tanpa rasa bosan, maka kau memang champion. Bini kau pulak naik seram nanti.

2. Kepercayaan.

Penting ni bhai. Dia nak kau beri sepenuh kepercayaan pada dia. Kau jangan selalu syak wasangka sangat. Isteri kau menyampah bila kau kuat cemburu dan tanya soalan pelik-pelik kat dia.

3. Memahami dan memaafkan.

Kita manusia, isteri pun manusia. Kau bukan kahwin dengan kucing (gorilla mungkin). Sesekali isteri buat silap. Mungkin terlupa letak belacan dalam asam pedas kau contohnya, jangan kau mengamuk sampai 5 hari 4 malam pulak.

Isteri ni dia setiap bulan hormon dia kucar kacir sikit. Sama macam kau jugak menggelupur bila tak dapat makan asam pedas. Padahal benda simple jer pun. Jadi fahami dia dan maafkanlah dia. Jadilah suami yang mudah memaafkan, dia suka.

4. Berbual.

Orang perempuan ni mulut banyak, kau kena faham tu. Kalau dia tanya "abang sayang saya?" kau jangan jawab sepatah jer "sayang". Kau kena jawab gini "Abang sayang awak dari hari pertama abang terpandang wajah awak di FB. You had me at hello, you had me at hello."

Kau ambiklah dialog dari filem-filem romantik yang kau pernah tengok tu. Jadi, kau usahakanlah panjangkan sedikit setiap ayat dan jawapan kau tu. Cair dia wehh.


Gambar Sekadar Hiasan. Kredit: Nesnumoto

5. Masa berkualiti.

Kualiti ni benda yang paling payah nak jaga. Setakat pergi bercuti bersama lepas tu kau layan tv dan dia layan anak-anak pun tak jadi juga bhai. Kena selalu ada bersama, bergurau dan bergelak tawa bersama. Benda paling mudah nak praktik adalah makan bersama. Sentiasa cari masa untuk duduk dan makan bersama-sama.

6. ‘Yes mem. ..’

Ini kunci utama di dalam rumahtangga. Isteri suka dengar perkataan "ya" berbanding "tidak". Ini bukan bermakna kita menurut membuta tuli tetapi setiap apa permintaan, selagi boleh tunaikan atau berikan maka usaha untuk berikan.

Isteri baru jer ajak makan kat luar kau dah cepat-cepat menolak sebab kau malas. Jangan begitu, kalau kau malas sangat jawab juga yer, tapi bukan malam ni, malam esok yer. haa gitu, jawapan tetap ya dan kau tetap selamat di situ.

7. Pendengar yang bagus.

Isteri nak mengadu masalah atau penat lelah dia dengan siapa lagi kalau bukan dengan kau kan? Takkan nak mengadu dekat kawan-kawan dia, nanti kang tercerita buruk-buruk pasal kau pula. Jadi kau layanlah setiap kali dia nak mengadu apa-apa. Jawapan kau mesti ikut skema point nombor 4 yer. Dengar dulu dan kemudian jawab panjang-panjang.

8. Ucapan.

Berapa lama dah kau tak cakap terima kasih bila kau sedap melantak asam pedas yang bini kau buat? Aduhh, tiap kali sebelum makan kau cakaplah terima kasih darling sebab masakkan lauk feveret I ni. Dah lepas makan cakap terima kasih sekali lagi. Sama lah bila nak suruh dia buat apa-apa, sebutlah perkataan "tolong" tu. Baru sejuk hati dia. Lepas tu kau nak mintak apa-apa pun bolehhhhhh.

9. Berkongsi tanggungjawab.

Ini paling penting ni. Tolonglah sama-sama buat kerja rumah dan besarkan anak-anak. Kau jangan lepas bulat-bulat kat bini kau semuanya. Kalaupun tak setiap hari, sesekali kau tolong mandikan dan suapkan makan anak-anak. Seminggu sekali tolong vakum, cuci bilik air, buang sampah dan sebagainya. Benda kecik jer tu bhai. Isteri kau suka dan kau pun boleh dapat sikpek lepas tu.

10. Off day.

Sesekali isteri nak berehat. "Yang, esok awak cutilah yer? Tak payah nak mengemas dan masak bagai. Nah duit ni, awak pergilah spa dan tengok wayang. Kalau tak cukup awak tambah sendiri yer? Biar abang uruskan anak-anak". Haaa gitu.

Lepas tu kau boleh layan Playstation atau Xbox dengan anak-anak. Sedap tu wehh.

Begitulah.

Tak susah pun sebenarnya nak bahagia dalam berumahtangga ni. Yang penting tolak ansur, saling memahami dan bekerjasama. Isteri kita tu manusia, ada perasaan, ada penat dan lelah dia. Lagipun waktu bercinta hari tu kemain kau berjanji macam-macam dengan dia.

Jadi, kau tunaikanlah. Sayangi dan hargai mereka sementara mereka masih ada.

********

Semoga Bermanfaat Pada Mereka Yang Mahu Ke Jinjang Pelamin, Dan Juga Sedang Berumah Tangga!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,834 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen