“Takut Anak Buka Website Yang Bukan-Bukan?” Guna Aplikasi Ini Untuk Mengawal Anak-Anak Yang Menggunakan Gajet.

 

Netizen telah dikejutkan dengan berita mengenai anak lelaki 12 tahun merogol seorang budak perempuan berusia 4 tahun. Itu pun berlaku di rumah pengasuh, dimana anak lelaki tersebut adalah anak pengasuh itu sendiri.

Situasi ini bukan sahaja membimbangkan para ibu bapa untuk menghantar anak-anak kepada pengasuh, malah bimbang kerana gajet mampu memberi pengaruh yang kuat pada minda anak-anak yang sedang membesar. Atau boleh dikatakan sedang mengalami proses ke arah akil baligh.

Ketika ini sudah tentu nafsu di dalam diri anak-anak dalam kekeliruan, malah hati dan perasaan ingin tahu yang sangat kuat. Sekiranya tersalah pilih kawan, dan tiada tunjuk ajar daripada ibu bapa, ia akan merosakkan diri remaja mereka.

Di samping itu, para ibu bapa menjadi semakin risau dengan anak-anak yang mudah terpengaruh apa sahaja yang dilihat dalam gajet. Kadang-kala ada ibu bapa yang sukar untuk bertindak tegas dengan situasi ini kerana hal-hal yang tidak dapat dielakkan sehingga anak-anak berkepit dengan gajet 24 jam sehari.

Jadi, alternatif yang baik untuk para ibu bapa mengawal apa yang dilihat oleh anak-anak di gajet mereka adalah dengan memuatnaik aplikasi Family Link ini.

 Image result for family link for parents

Kegunaan Aplikasi Family Link Ini Bagus Untuk Para Ibu Bapa Kerana…

1. Boleh mengetahui waktu dan masa anak sedang online.

2. Boleh mengetahui sekiranya anak-anak sedang menonton youtube atau aplikasi yang lain.

3. Boleh tahu sekiranya anak-anak sedang bermain game jenis apa.

4. Paling penting, ibu bapa boleh mengetahui lokasi telefon bimbit tersebut.

5. Ada notification apabila anak-anak sedang menggunakan telefon bimbit.

6. Ibu bapa boleh setkan masa untuk anak-anak gunakan telefon bimbit mengikut masa ibu bapanya sendiri.

7. Ibu bapa boleh setkan genre movie untuk anak-anak, dan perubahan genre itu tidak boleh diubah ditelefon bimbit anak-anak.

8. Semua perubahan hanya boleh dilakukan di telefon ibu bapa sahaja, jadi ibu bapa perlu pastikan telefon bimbit anda hanya bersama dengan anda sahaja.

Image result for family link for parents

Jadi, sampai masanya, telefon bimbit akan terpadam dengan sendiri dan mereka perlukan kod daripada ibu bapa untuk on telefon bimbit tersebut. Malah, apabila telefon bimbit terpadam, anak-anak hanya boleh membuat panggilan sahaja, selain daripadanya tidak boleh.

Jadi, ia amat mudah untuk ibu bapa mengawal apa sahaja yang dilihat oleh anak-anak di telefon bimbitnya sendiri.

Cara-Cara Untuk Memuatnaik Dan Menggunakan Aplikasi Ini Adalah…

1. Aplikasi ini boleh dimuatnaik di Andriod dan iPhone.

2. Aplikasi ini perlu dimuatnaik di telefon bimbit ibubapa kemudian di telefon anak-anak, supaya mudah untuk anda mengawal telefon bimbit anak-anak.

Kemudian, aplikasi ini akan meminta email untuk pengesahan dan boleh ikut sahaja arahan yang berikutnya.

3. Aplikasi ini tidak boleh dibuang oleh anak-anak.

Sekiranya ibu bapa risau anak-anak uninstall aplikasi ini, ia tidak mudah berlaku kerana semuanya menjadi tidak aktif apabila ibu bapa sendiri yang tekan STOP SUPERVISION di telefon bimbitnya sendiri. Install sahaja seperti biasa, dan anda boleh mula mengawal aktiviti anak-anak semula.

Selamat Mencuba dan Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,825 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen