Bukan Senang Nak Jadi Ibu, Sudahlah Tidak Sempurna, Tanggung Jawab Pula Semakin Bertambah….

 

Ketika masih lagi bujang, ketika itulah peluang kita masih boleh menjaga kedua ibu bapa sepenuhnya…

Ketika bergelar isteri, ketika itulah perlu taat pada suami dan masih perlu menjaga kedua ibu bapa…

Ketika status bertukar kepada ibu pula, tanggung jawab semakin bertambah untuk mengambil berat pada anak pula…

Siapa cakap tanggung jawab seorang wanita pernah terhenti?

Nak berhenti sekejap pun, anak sudah tercari-cari, belum lagi si suami…

Begitulah nukilan hati yang telah dikongsikan oleh Puan Marlia Ramli ini…

********

Image may contain: 3 people, people smiling, selfie

Mama Yang Tidak Sempurna.

1 - Menguruskan keluarga, kerjaya dan anak-anak. Terkadang hati tak terdaya menahan esakan di dada.

2 - Mahu berhenti kerja? Mahu... Malah bukanlah tidak mampu. Cuma... Akan ada cita-cita yang terpaksa dilupa. Ada mimpi yang perlu disedarkan di dalam jaga. Ada tugas terhadap masyarakat juga negara yang terpaksa ditinggal juga.

3 - Penat? Tipulah jika cakap tidak. Tipulah cakap sesekali hati tidak pernah rasa hilang upaya. Tipulah kalau cakap hati ibu berkerjaya tabah benar. Tipulah. Kami juga wanita. Hati kami juga sengsara.

4 - Terkadang hati nak marah betapa nakalnya anak. Nakal sungguh! Namun mengenangkan 10 jam seharian ditinggalkan, hati rasa bersalah. Nakalmu nakal yang merindukan duhai anak!

5 - Bertambah sayu pulang dari pejabat anak mengadu itu ini begitu begini. Apa yang ibu bekerjaya mampu lakukan? Hanya mampu meletak tawakal. Semoga tangan yang menjaga anak-anak kami sabar dan cinta. Mohon pendidik dan pengasuh berbelas ehsan dengan kenakalan anak kami.

6 - Sungguh.... Bila balik anak mengadu itu ini begitu begini. Rasa lelah. Longlai dan bersalah. Maafkan Mama masih kurang berusaha. Maafkan Mama sentiasa tiada pada saat anak mahu bercerita. Maafkan Mama kerana punya sedikit masa. Dalam kepenatan kami mendengar sambil tersenyum walaupun sekadar senyuman yang pura-pura.

7 - Sebab itulah hati ibu bekerjaya sensitif benar... Terluka benar dengan ungkapan kami ibu yang pentingkan kerjaya berbanding keluarga. Mudah sentap sebenarnya.

8 - Sensitif sungguh kami dengan ungkapan, susah sangat duduklah di rumah jaga anak dan tengok keluarga! Mudahnya berkata duhai sahabat yang saiz kasutnya berbeza-beza.

9 - Kata-kata begini ibarat mata anda tidak melihat derita kami. Telinga anda tidak mendengar dilema kami. Hati anda tidak merasai dengupan nafas kami. Anda tidak faham pun perjuangan kami.

10 - Tak apalah... Salah kami. Kami MAMA YANG TIDAK SEMPURNA. Dari mata anda, kami wanita yang gagal benar. Kami manusia yang tamak dunia hingga keluarga di nombor dua.

Salam sayang

#kongsiilmu

#learnfromobservation

********

Semoga Bermanfaat Dan Dijadikan Iktibar!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 454,488 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen