Sekiranya Anda Memiliki Gaji Sebanyak RM2000, Ini 10 Panduan Untuk Anda Uruskan.

 

Pada masa kini, ramai sahaja dikalangan anak muda yang bermula dengan gaji yang rendah, termasuklah RM2000 padahal kerja dibandar yang memerlukan kos sara diri yang tinggi. Jika betul kaedahnya menguruskan gaji tersebut, pasti cukup sahaja perbelanjaan sehingga ke hujung bulan.

Sekiranya, belanja ibarat ‘Tidak Ukur Baju Pada Badan Sendiri’, belum lagi hujung bulan, dah terpaksa meminjam. Jadi, ini beberapa panduan dari saudara Azizul Azli bagi mereka yang mempunyai pendapatan RM2000…

********

Image may contain: one or more people and text

Panduan Gaji Rm2000.

1. Jika kita mula kerja dan gaji kita baru RM2000 bahagikan kepada dua bahagian.

2. RM1000 untuk belanja dan RM1000 lagi untuk simpanan dan pelaburan kita.

Belajar hidup dengan seribu sahaja, jika mampu. Semakin cepat bermula makin baik.

3. Mulakan dengan takaful yang paling rendah sebagai perlindungan. Jangan lebih dari 5%-7% gaji kita.

4. Belajar buat simpanan kecemasan bagi jadi RM6000 dalam Tabung Haji atau ASB. Selagi tak cukup jangan gatal berhenti.

5. Simpanan ini WAJIB ada sebelum nak LABUR kemana mana. Biar kekal terus dalam itu dan jangan ambil untuk beli beg tangan baru.

6. Dah cukup simpanan RM6000, baru bina tabungan pelaburan. Rancang beli rumah pertama, buat tabung deposit rumah pula.

7. Kalau nak cepat, beli rumah baru yang ada rebet 'ealy bird' (3%) dan diskaun 'bumiputra' (7%). Deposit tak payah ada.

8. Kalau tak minat beli rumah, belajar buat simpanan beli emas. Tapi jangan banyak beli emas hingga lemas.

9. Bila semua ini dah ada, baru belajar main saham yang islamic punya. Baru meningkat risiko hidup kita.

10. Selagi belum ada takaful perlindungan dan simpanan 3 bulan gaji kita, jangan sembang soal labur dimana ya.

Lalui proses ini dengan tenang, jangan banyak protes. Nak senang bukan kerja satu malam kawan.

********

Semoga Bermanfaat. Sikit-Sikit, Lama-Lama Jadi Bukit!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,825 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen