Belum Terlambat Sekiranya Anda Ingin Mulakan 6 Rutin Baru Ini Dari Sekarang. Ayuh!

 

Untuk tahun 2019, sudah pun masuk ke penggal yang kedua. Tetapi adakah rutin harian kita masih sama sahaja, atau sudah melakukan aktiviti yang baru untuk ke akhir tahun? Adakah kita masih mahu menjadi seperti katak di bawah tempurung sahaja?

Belum terlambat sekiranya anda mahu melakukan pelbagai aktiviti yang baru untuk penggal yang kedua ini. Jangan rasakan ia seperti sia-sia, kerana sekiranya anda tidak mulakan dari sekarang, sampai bila-bila anda akan tewas dengan nafsu jahat anda.

Jadi, Jom Mulakan Dari Sekarang 6 Rutin Baru Ini….

1. Senaraikan sekurang-kurangnya 5 perkara baru yang ingin kita buat.

Kalau boleh senaraikan perkara-perkara untuk memperbaiki diri sebagai contoh untuk mendekatkan diri pada Allah SWT, mahupun melakukan kebaikan.

Contoh :

  • Istiqomah dalam melakukan solat-solat sunat.
  • Kalau boleh setiap 5 solat wajib dilakukan pada awal waktu, dan tidak lalai.
  • Setiap kali lepas maghrib baca Al-Qur’an sementara menunggu Isyak.
  • Setiap kali dapat gaji, mahu sedekah sekurang-kurangnya RM20 pada fakir miskin.
  • Kalau tak dapat bagi duit pada mak ayah, sekurang-kurangnya tolong bayar bil rumah atau belanja makan setiap minggu.

2. Buat checklist untuk setiap perkara yang kita boleh amalkan setiap hari.

Bila kita dah senaraikan 5 perkara tersebut, buat checklist sekiranya perkara tersebut boleh diamalkan setiap hari atau setiap minggu.

Sebagai contoh:

  • Solat Dhuha setiap hari (check)
  • Baca Al-Qur’an setiap hari (check)
  • Dapat gaji setiap bulan, terus sedekah (check)
  • Setiap minggu belanja mak ayah (check)
  • Solat awal waktu setiap hari (check)

Apabila kita buat check list, semoga dipermudahkan untuk istiqomah kerana kita bakal mengetahui jadual kita sendiri.

3. Gandakan setiap perkara yang kita lakukan.

Habis untuk sebulan, lihat checklist kita, penuh atau tidak? Sekiranya anda mampu untuk istiqomah setiap perkara tersebut, gandakan pula setiap urusan.

Kalau sebelum ni solat sunat dhuha sahaja, jadi kali ni setiap malam nak solat taubat. Praktikkan solat taubat setiap hari, kemudian terus ke solat tahajjud. Perlahan-lahan, lama-kelamaan anda akan terbiasa dengan setiap urusan ini.

4. Belajar untuk munasabah diri.

Kadang-kala kita akan terfikir apabila melihat check-list tersebut, kenapa ada perkara yang sukar untuk kita lakukan setiap hari atau setiap minggu? Mungkin sibuk kerana kerja dan kekangan waktu. Jadi, belajarlah munasabah diri. Munasabah supaya tidak lagi lalai dan leka dengan duniawi.

Setiap bulan lihat checklist anda tersebut, dan jangan lupa untuk ambil masa sendirian, dan fikir tentang diri.

5. Setiap hari cakap dengan cermin.

Beri motivasi pada diri sendiri dengan berhadapan dengan cermin. Cermin diri anda, kenapa anda sukar untuk melakukan perkara-perkara tersebut? Kenapa anda mudah terleka? Padahal anda ada kerjaya, rumah yang selesa, gaji setiap bulan, apalagi nikmat Allah yang anda mahu dustakan?

Pujuk diri sendiri depan cermin, untuk ubah diri anda sendiri!

Kalau bukan orang lain, siapa lagi nak beri anda motivasi.

6. Denda diri sendiri, jika tidak dapat laksanakan beberapa perkara tersebut.

Sebagai contoh, anda tidak dapat belanja kedua ibu bapa sebab ada kerja di pejabat. Tak dapat balik kampung sebab penat dengan urusan di bandar. Jadi, sekiranya anda tidak dapat melakukan urusan ini, dendalah diri anda sebaiknya.

Seperti denda diri untuk buat kerja-kerja sukarelawan, atau libatkan diri dengan sukan. Denda ini menunjukkan anda sayangkan diri anda, dengan melakukan kerja sukarelawan, anda menggandakan kebaikan dalam diri.

Dengan melibatkan diri dalam sukan, seperti larian atau marathon beramai-ramai, sudah tentu untuk meningkatkan kesihatan diri.

Sebab kadang-kala kita ni PEMALAS. Malas nak buat kerja-kerja kebajikan, apatah lagi untuk menjaga kesihatan. Jadi, itulah dendanya.

Semoga Istiqomah Dalam Melakukan Kebaikan Dan Selamat Beramal!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,284 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen