Wanita Hari Ini Gagah Mencari Rezeki Demi Kesenang Keluarga, Tapi Bila Sesekali Merungut Bukan Apa Cuma Mahu Dihargai.

 

Ramai yang kata wanita ini lemah, manja, sensitif malah tidak tahu berdiri di atas kaki sendiri. Lagi-lagi bila sudah berkahwin, lagi lah mereka ini hanya mengharapkan suami mereka untuk mencari rezeki dan melakukan pelbagai perkara untuk keluarga. Orang kata kalau suami tak bergerak, dia pun tak bergerak juga.

Anda silap sebenarnya!

Ramai yang masih lagi belum buka mata mereka mengenai wanita hari ini. Wanita hari ini sudah tidak sama dengan wanita dahulu, mereka kini lebih kuat serta gagah memikul tanggungjawab keluarga serta begitu berani untuk berdikari sendiri.

Tanpa kenal erti penat dan lelah, wanita hari ini sanggup melakukan apa sahaja untuk keluarga tersayang hidup selesa dan tidur lena. Farizal Radzali berkongsi sedikit ketabahan dan kekuatan wanita hari ini. Apa yang wanita-wanita ini harapkan adalah kasih sayang dan penghargaan dari orang sekelilingnya.



Bagi yang suri rumah, walaupun kerja rumah tu dah cukup banyak, masih lagi jadi dropship. Jual online itu ini. Takpun, mereka memasak itu ini, dari kek, kuih sampailah lauk untuk lunch, siap COD lagi sambil bawak anak kecil dalam kereta. Walhal boleh je dia duduk rumah, tak perlu struggle sebab bukan urusan dia nak cari rezki lebih.

Bagi yang bekerja, penat di tempat kerja, penat kerja rumah, lagi dengan persekolahan anak-anak. Tekanan tak payah cakap la, macam-macam dari kiri kanan depan belakang. Risiko keluar rumah lagi, ragut, rogol, bunuh. Bahkan ada juga yang masak kuih hantar ke kedai-kedai sebelm pergi kerja. Seawal 3 pagi dah bangun. Kelengkapan anak dan suami tetap terjaga. Walhal bukan urusan dia untuk mencukupkan apa yang kurang.



Wanita, memang tercipta dengan hati yang penuh kasih sayang dan toleransi terhadap orang yang dia sayang. Walau adakala diabaikan, hatinya terguris, namun dia tetap laksanakan tugasnya yang ada masa bukan tugasnya. Apa yang dia mahu cuma, setiap ahli dalam keluarganya rasa selesa & tak susah hati.

Penat, memang penat. Tapi penatnya hilang begitu sahaja bila ada yang menghargai. Percayalah, semua wanita mengikhlaskan dan menghalalkan segala bantuannya. Cuma sesekali dia merungut, bukan sebab tak redho tapi dia sekadar melepaskan perasaannya yang penat kerana tak dihargai.



Maka, wahai lelaki, hargailah wanita. Dia tak minta disanjung dijunjung disembah, cukuplah sekadar bertanya khabarnya, mendengar keluhannya, tidak berkata yang menyakiti hatinya & senyumlah bila memandangnya nescaya dia akan membalas senyuman anda walaupun hatinya sedang gundah gulana. Peluk dia selalu. Andai pelukan ibu kepada anaknya adalah terapi untuk si anak, maka pelukan suami kepada isterinya adalah terapi buat si isteri.

DAN janganlah menjadi terlalu MANJA bila wanita itu mampu buat semuanya. Walau dia mampu buat segalanya, anda sebagai lelaki tetap yang akan ditanya di sana kelak. Kerana isteri itu amanah buatmu.

Farizal Radzali

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,825 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen