Jangan Mudah Teruja Apabila Menerima Wang KWSP, Ini 11 Perkara Yang Perlu Anda Ingat Sebelum Belanjakan Kesemua Duit Anda.

 

Semua orang boleh jadi begitu rambang mata malah lagi pemurah kalau miliki wang ringgit yang banyak. Mana tidaknya rasa kaya dengan tiba-tiba ini sememangnya lain macam, akan tetapi duit yang ada itu akan sekejap sahaja habisnya kalau tidak digunakan dengan betul.

Pelbagai rancangan telah diatur apabila wang KWSP akan keluar nanti. Masa itulah anda pasti nak lakukan pelbagai perkara. Mana tidaknya dapat wang yang banyak secara tiba-tiba. Akan tetapi jangan tersalah guna dan menyesal kemudian hari sudah lah.



Menurut perkongsian Puan Marliya Ramli ini, jangan mudah teruja apabila menerima wang KWSP takut nanti menyesal sendiri. Lagi-lagi kalau mampu habiskan duit yang ada dalam masa setahun.



JANGAN MUDAH TERUJA!

1 - Jangan habiskan wang KWSP pada sesiapa. Nak keluarkan diam-diam sudah. Jangan dicanang bagitau semua saudara mara.

2 - Jangan habiskan wang KWSP untuk perkahwinan anak. Allocation perkahwinan anak sepatutnya dibina sejak mereka lahir seawal usia.

3 - Jangan habiskan wang KWSP untuk menambah isteri muda. Tak kan dah usia 60 nanti masih nak menanggung anak di sekolah tadika.

4 - Jangan habiskan wang KWSP untuk renovate rumah bergaya. Dah tua tinggal berdua sahaja tak berbaloi rumah sebesar istana maharaja.

5 - Jangan habiskan wang KWSP untuk bercuti sakan setiap tiga bulan. Jika berbelanja bazir gila, setahun boleh habis setakat satu juta apa lagi kalau kurang dari setengah juta.

6 - Jangan habiskan wang KWSP untuk pendidikan anak-anak. Allocation pendidikan gunakan simpanan sedia ada yang kita jana untuk anak-anak ketika masih bekerja.

7 - Wang KWSP adalah wang untuk bersara. Malang sungguh 70% pesara habiskan wang KWSP tak sampai tiga tahun. Berpuluh tahun wang di tabung, keluarkan terus hilang sekelip mata.

8 - Malah, hanya 22% pencarum memiliki wang simpanan KWSP yang cukup selepas bersara. Selebihnya? Kembali bekerja selepas bersara? Bahaya... Jika sihat dan kuat tak apa. Jika waktu tu pelbagai penyakit kritikal melanda? #apeni

9 - Melainkan jika kita ada pendapatan berpanjangan seperti rumah sewa, perniagaan, royalti atau komisen sehingga tua. Biasakan sejak muda, untung berniaga bukan untuk berfoya-foya tapi untuk top up simpanan persaraan kita.

10 - Kita keluarkan KWSP pada usia 55 tahun. Jangka hayat rakyat Malaysia adalah 73 hingga 75 tahun. Bermakna kita mungkin hidup 20 tahun tanpa bergaji. Kalau hanya KWSP cabang bersara kita, sangat besar risikonya.

11 - Kekalkan hidup bersederhana. Bila nampak wang seketul JANGAN MUDAH TERUJA. Hidup sekali, mati sekali maka tak perlulah bercita-cita nak kawen berkali-kali. Semoga bila bersara kita tidak perlu kembali bekerja lagi.

Salam sayang.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 454,476 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen