“Rumah Tangga Terumbang-Ambing, Sebab Suami Isteri Tiada Masa Untuk Berkomunikasi”

 

Antara salah satu aspek yang penting untuk membina rumah tangga adalah komunikasi. Komunikasi juga memainkan peranan yang penting selain daripada kasih sayang dan cinta. Tanpa komunikasi, pasangan suami isteri sudah tentu tidak mengetahui perasaan dan emosi masing-masing. Apatah lagi, apabial dilanda masalah.

Sekiranya, masing-masing diam seribu bahasa, makna rumah tangga itu bukanlah sepenuhnya. Tidak lengkap seperti apa yang dikongsikan oleh saudara Ahmad Samhan ini…

********

Dalam Alam Perkahwinan, Komunikasi Sangat Penting.

Tanpa komunikasi, banyak perkara sukar diselesaikan.

Banyak perkara akan terpendam. Bila sudah banyak terpendam, makin kronik. Dah kronik akan meletup,dah meletup teruk akibatnya.

Jika dua-dua bekerja, makin kurang waktu untuk bercakap. Suami balik keletihan ,perkataannya sudah habis diguna seharian. Lebih suka membisu.

Si isteri pula, habis kerja di pejabat ,kena sambung kerja di rumah pula. Uruskan anak-anak. Uruskan rumah dan memasak. Sudahnya tertidur keletihan.

Begitulah rutin seharian yang berulang. Hakikatnya, si isteri ingin luahkan tentang penatnya uruskan hal rumah dalam masa yang sama bekerja. Itu lebih melegakan dan menghilangkan kepenatan jika dapat diluahkan.

Sebenarnya, kita yang patut cari masa untuk berkomunikasi. Bila ada masa kita tak rebut. Masing-masing sibuk dengan handphone. Lebih rela berkomunikasi dengan orang lain di alam maya.

Bila masanya?

Masa menunggu makanan sampai jika makan diluar. Masa tersekat di trafik. Masa baring sebelum masa terlelap.

Kami biasanya akan banyak bersembang dan berbincang masa tersekat dalam trafik. Lebih-lebih lagi musim open house.Trafik teruk.

Kaum isteri patut rebut peluang ini untuk berkomunikasi dengan suami. Masa ini sangat sesuai. Kenapa?

Otak lelaki tak mampu untuk terima banyak perkara dalam satu masa. Waktu ini,tangannya cuma pegang stereng. Tiada handphone ditangan. Tiada gangguan luar.

Susah nak cari masa dimana telinga suami betul-betul ‘terbuka’. Sebab itu lelaki boleh dengar isteri membebel sambil main handphone. Nampak macam dengar tapi telinga dia tertutup.

Itu kehebatan otak lelaki!

Tapi, kami biasa akan buat perbincangan 2 hala. Masa inilah ,masing-masing akan saling meluahkan apa yang terpendam. Jangan simpan berseorangan, nanti makin perit.

Dari hal rumah, anak-anak, keluarga terdekat, kewangan keluarga, amalan seharian hinggalah perancangan masa depan. Semuanya diulas satu persatu. Dah macam forum!

Dah bertahun kahwin, pernah tanya isteri apa yang dia tak suka tentang kita? Apa yang dia harapkan dari kita? Apa yang dia nak kita baiki?

Kita sebagai ketua keluarga, kemana kita mahu bahtera ini belayar? Jika ada ombak besar melanda, apa patut kita buat? Apa destinasi sebenar yang ingin kita sampai? Bukankah itu tugas nakhoda?

Bila berbincang masing-masing perlu lapangkan dada. Mungkin agak perit. Tapi berilah penjelasan. Baik rasai perit yang sikit dari tanggung keperitan yang dahsyat.

Isteri perlukan didikan ,perlu dipimpin dan dibimbing. Suami perlu rendahkan ego, dengar pandangan isteri. Saling bertolak ansur. Saling berkorban. Saling bantu-membantu.

Barulah jelas matlamat sebenar perkahwinan. Isteri akan beri sokongan penuh dengan apa yang suami lakukan dan sebaliknya. Kerana masing-masing faham apa yang perlu dicapai.

Ini tidak, bahtera sekarang yang dibawa terumbang-ambing. Datang ombak kecil pun dah hampir karam. Masih berani minta jadi nokhoda bahtera kedua!

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,811 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen