5 Tanda Si Dia Bukan Seorang Penipu.

 

Apabila kita ingin memilih seseorang untuk dijadikan sebagai pasangan, kejujuran adalah salah satu aspek utama yang kita lihat pada si dia. Sudah tentu kita mahukan seseorang yang bukan penipu kerana ia adalah perkara yang tidak sihat untuk hubungan.

Malah, apabila ditipu dalam hubungan, kepercayaan kita menjadi semakin berkurangan dan juga rasa serik untuk memberikan kasih sayang terhadapnya.

Jadi, Jika Anda Sedang Berkenalan Dengan Seseorang Dan Ingin Mengetahui Sekiranya Dia Bukan Seorang Penipu, Lihat 5 Tanda Ini…

1. Bukan seorang yang misteri.

Perkara yang penting anda perlu tahu adalah si dia bukan seorang yang misteri. Misteri di sini bermaksud, terlalu banyak rahsia tentang dia yang anda tidak ketahui. Tidak tahu dari mana asal usulnya, ahli keluarganya, sahabatnya malah pekerjaannya juga.

Anda merasakan si dia seolah-olah bukan dari planet bumi. Alien mungkin.

Jika anda mengetahui segala hal latar belakang si dia, jadi, dia bukanlah Alien.

2. Bukan suka menghilangkan diri.

Orang yang tidak jujur ini suka menghilangkan diri secara anda tidak sedar. Mula-mula perkenalan anda dengan dia seperti baik-baik sahaja, kemudian hilang diri serta merta. Memang langsung tidak dapat dihubungi, kemudian tukar nombor telefon pula. Hati-hati dengan orang sebegini.

Sekiranya, insan yang anda kenal menghilangkan diri dengan memberitahu dimana dia berada, itu bukan lah seorang penipu.

3. Menjaga hubungan yang baik dengan ibunya.

Untuk mengetahui jika individu itu bukanlah seorang penipu, lihat hubungan dia dengan ahli keluarganya. Dan lihat cara percakapan mereka? adakah si dia yang anda kenal suka menipu pada keluarganya ataupun tidak?

Malahan, dia bukan seorang penipu sekiranya mempunyai hubungan yang baik dengan ibunya. Tambahan, sering menceritakan atau berkongsi nasihat-nasihat daripada ibunya sendiri.

4. Tidak terlalu obsess dengan diri anda.

Kadang-kala, anda perlu berhati-hati dengan insan yang terlalu obsess dengan diri anda. Ini mungkin kerana si dia sebenarnya mengambil kesempatan ke atas diri anda semasa menjadi terlalu obsess. Si dia gunakan ‘obsess’ tersebut pada diri anda, dengan menjadi seorang clingy sehingga anda benar-benar jatuh cinta pada dirinya.

Tetapi, akhirnya dia adalah seorang penipu.

Individu yang tidak menipu ini sebenarnya mahukan kesederhanaan sahaja dalam kehidupan.

5. Tidak pernah merahsiakan tentang diri anda.

Di samping itu, si dia bukanlah seorang penipu sekiranya dia memberitahu dunia tentang diri anda. Apa yang dia ingin sembunyikan daripada anda, jika diri anda sendiri sudah diketahui oleh orang ramai termasuklah ahli keluarganya sendiri. Hubungan anda dan dia bukan lagi rahsia.

Untuk mengetahui jika si dia benar bohong dengan diri anda adalah lihat melalui beberapa situasi tersebut;

  • Takut untuk bertentang mata dengan anda.
  • Nada suaranya yang kadang-kala tinggi dan rendah.
  • Sering mengusik atau menggaru hidung dan dagu.
  • Tiada jawapan yang tepat pada setiap persoalan.
  • Malah, ceritanya jadi panjang tapi tiada lagi jawapan.

Oleh yang demikian, cuba perhatikan setiap tanda ini ya!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,116 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen