‘6K’ Utama Ini Yang Anda Perlu Cari Ketika Alam Perkahwinan.

 

Bagi pasangan pengantin yang mahu ke jinjang pelamin, mencari cinta itu sudah pasti dalam mengikat sesuatu hubungan. Tetapi adakah cukup dengan rasa cinta dan sayang sahaja untuk menuju ke alam perkahwinan?

Adakah perasaan cinta dan sayang semata-mata dapat menyelamatkan hubungan untuk selamanya?

Adakah hanya cinta dan sayang sahaja pasangan perlu mencari demi mengeratkan hubungan?

Kalau itu sahaja yang ada dalam fikiran kalian berdua, tidak mustahil anda buta kerana cinta. Buta dengan cinta yang menyebabkan anda atau pasangan, tidak mencari aspek lain untuk kebahagiaan rumah tangga.

Sebenarnya, Memasuki Alam Perkahwinan Pasangan Perlu Mencari 6K Ini…

1. Keredhaan.

Di samping untuk mendapat berkat dan keredhaan kedua ibu bapa untuk merestui hubungan kalian berdua, keredhaan Allah SWT juga amat penting. Penting untuk menentukan bahawa hubungan anda dengan pasangan akan menemui barakah. Dengan lebih tepat, untuk mengecapi rumah tangga yang Sakinah, Mawaddah Wa Rahmah.

Rumah tangga yang penuh dengan kasih sayang, harmoni dan penuh rahmat yang diberikan oleh Allah SWT.

Pasangan suami isteri sebenarnya perlu mencari keredhaan Allah, dengan menjaga solat, berdoa bersungguh-sungguh supaya dikurniakan rezeki yang berkat dan keluarga yang harmoni.

2. Keadilan.

Apabila mencari keredhaan Allah SWT, pasangan suami isteri juga perlu mencari keadilan yang saksama dalam rumah tangga. Perkahwinan yang dibina perlu menjadi seimbang dan tidak berat sebelah. Terutamanya para suami dalam memberi nafkah kepada si isteri. Termasuklah para suami yang berpoligami.

Sekiranya, si suami tidak mampu untuk bersikap adil, janganlah menyakiti hati isteri.

Selain daripada itu, urusan rumah tangga juga perlu adil buat masa sekarang kerana kedua-duanya sama-sama mencari rezeki.

3. Ketenangan dan ketenteraman.

Apabila seorang lelaki mengahwini seorang perempuan, sudah tentu rasa tenang dan tenteram itu yang dicari. Masakan, ingin berkahwin dengan seseorang yang tidak mampu memberi mereka ketenangan dalam jiwa? Sudah pasti akan menambah kusut dalam kepala sahaja. Jadi, pasangan suami isteri sepatutnya mencari ketenangan dan ketenteraman dalam rumah tangga dengan melaksanakan tanggung jawab masing-masing.

Setiap urusan yang dilakukan semuanya berjalan dengan lancar, dan tidak mengambil masa yang lama untuk diselesaikan. Malah, amat senang untuk bekerjasama antara satu sama lain.

4. Kebahagiaan.

Untuk membina rumah tangga, sudah tentu pasangan suami isteri perlu mencari kebahagiaan. Formula yang paling mudah untuk diikuti adalah ‘Kebahagiaan bukan DICARI dalam diri pasangan, tetapi dengan banyak MEMBERI kepada pasangan’

Selagi rasa diri sendiri tidak banyak memberi, selagi itu akan rasa sukar untuk menemui kebahagiaan.

5. Kefahaman.

Pasangan suami isteri juga sepatutnya perlu mencari kefahaman antara satu sama lain. Perlu faham diri pasangan sepenuhnya supaya dapat membina keserasian walaupun dalam perbezaan pendapat. Tidak semestinya persamaan anda dengan pasangan sahaja yang dapat mencipta keserasian, dengan perbezaan juga dapat menunjukkan anda dengan pasangan faham antara satu sama lain.

Jika kalian mempunyai masalah pun, kalian faham tentang masalah tersebut dan tidak hanya menuding kesalahan semata-mata. Pasti ingin selesaikan bersama.

6. Kesetiaan.

Dan yang paling penting adalah, bila dah kahwin nanti, pasangan suami isteri perlu mencari kesetiaan. Bukan memilih untuk curang sekiranya tidak dapat menyelesaikan sebarang konflik. Kesetiaan itu yang menunjukkan, anda dan pasangan akan sentiasa bersama walau dalam keadaan susah dan senang.

Semoga Bermanfaat dan Selamat Beramal!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,641 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen