Lelaki Ini Kongsi 5 Perbuatan Yang Membuka Jalan Rezekinya, Jom Sama-Sama Kita Amalkan.

 

Rezeki itu datang dalam pelbagai bentuk, kadang kala kita tak sedar pun akan kehadirannya. Rezeki itu tidak hanya fokus kepada kewangan sahaja tetapi kesihatan yang baik serta dikelilingi orang yang baik-baik juga merupakan rezeki.

Tetapi dalam kehidupan harian, kewangan adalah paling utama. Di mana setiap hari kita tidak akan terlepas melakukan pengeluaran wang. Inilah rezeki yang sentiasa diharapkan oleh kebanyakkan kita, bukan apa bila ada wang ini ia membantu memudahkan kehidupan seharian kita.

Pelbagai usaha telah dilakukan untuk membuka rezeki kita akan tetapi masih juga dalam keadaan yang sama. Mungkin ada yang kita terlepas pandang atau tidak perasaan. Sebenarnya ada perbuatan yang membuka jalan rezeki kita ini, mungkin kita pernah lakukan akan tetapi kita tidak amalkan.

Mari sama-sama kita imbas kembali dan mengamalkan 5 perbuatan ini seperti yang dikongsikan oleh Ariff Ismail ini.



"Weh aku buat macam macam dah, tapi duit tak pernah cukup. Ada je yang tak kena, kereta rosak lah, hp masuk air, anak tak sihat. Buntu dah kepala ni. Tak tahu dah nak pikiaq macam mana."

Anak nak masuk tiga dah ni, tambah komitmen lagi. Duit belanja sekolah, barang dapur, duit minyak kereta lagi. Tak tahu dah nak tuju ke mana. Dapat gaji je habis bayar hutang dengan belanja rumah.

Cuba kita fikir sejenak, apa yang buat kita susah nak jemput rezeki. Kadang kadang kita kena belajar fikir, ehh aku sempit kat sini, Allah mudahkan bahagian ni. Rezeki ni brother, datang dari segala sudut.

Ada yang rezeki dari kemewahan hidup, gaji besar, kereta besar,rumah besar dan segala gala nya la besar. Ada yang tak berapa kaya, tapi Allah bagi rezeki kasih sayang dan kebahagian.

Dapat kawen awal, rezeki anak awal, itu rezeki juga brother. Ada yang mewah tapi lambat kawen, lambat dapat anak dan macam macam lagi. Tapi kita tetap kena bersyukur dengan apa yang Allah bagi kt kita.

Jom saya kongsikan antara perkara yang saya lakukan untuk bangkit dari kesusahan ke arah sedikit kejayaan.

1. Jaga Hati Mak Ayah

Mak ayah ni diorang bukan nak duit kita. Diorang nak perhatian dan kasih sayang kita. Kita kena selalu hubungi mak ayah kita terutama anak lelaki, sebab mak ayah ni tetap tanggungjawab utama kita sampai bila bila.

Sentiasa utamakan mak ayah, walau kita tak cukup duit pon, kita bagi RM 50 mereka dah happy brother. Sebab tu depa rasa tanda ingatan kita kat depa.



Selalu call mak ayah kita, balik kampung jenguk mereka. Saya masa arwah mak ada lagi, hari hari akan call dia, kalau sy tak call pon dia akan call saya.

Ingat, doa ibu ni antara doa yang makbul, minta ibu ayah doakan kita hari hari, walau hakikat nya kita tak minta pon diorang memang doakan kita.

Jangan bila kita sedih kecewa baru cari mereka, jadikan mereka orang pertama yang tahu setiap kegembiraan dan kejayaan kita.

2. Bangun Awal

Dalam islam pon kita digalakan bangun awal. Bila kita nak p kerja ni, jangan lah bangun lambat. Bila bangun lambat mesti akan ada benda yang spoil.

Didik diri bangun awal, sembahyang subuh dan terus siap sedia untuk p bekerja. Pada yang buat business lagi penting kena bangun awal. Rezeki kan di awal pagi.

Lagi bagus kalau kita boleh bangun tahjud setiap hari. Sebab kita kena minta rezeki dengan Allah bukan dengan manusia.

3. Isteri & Anak

Pada yang dah berkahwin, bini dengan anak ni adalah punca rezeki kita. Jangan abaikan bini dan anak. Kena kena jaga perasaan mereka. Sebab keberkatan rumah tangga ni membawa rezeki.

Ni tidak, bila ada masalah kat tempat kerja, bini dengan anak anak yang jadi mangsa kita. Tak memasal mereka kena layan mood swing kita. Kesian diorang brother.

Rajin rajin lah ringankan beban bini, tu akan jadi pembuka rezeki kat kita gak. Bila bini happy kita happy, anak anak happy, so rezeki pon di mudahkan.



4. Sedekah

Sedekah ni memang perkara yang sangat berkesan untuk menjemput rezeki. Bila kita dapat seratus ringgit, bukan nilai seratus tu milik kita. Tapi nilai kita sedekah tu yang jadi milik kita.

Tak percaya? Cuba kita fikir, rezeki kita ada seribu ringgit, dari seribu ringgit tulah jadi rezeki mak cik jual nasi lemak, rezeki tokey ikan, rezeki kedai tayar dan rezeki untuk semua.

Sebab duit seribu tu bukan kekal milik kita. Rajin rajin sedekah kepada mereka yang lebih memerlukan. Kalau ada orang jual tisu, jangan kita panggil depa sendiket dan tak beri duit walau seringgit.

Cuba anda sedekah seringgit dan dengar apa yang di doakan mereka. Selalu nya akak akak buta, pak cik buta yang jual tisu ni akan cakap " saya doakan Allah murahkan lagi rezeki awak ".

5. Jaga Hubungan Adik Beradik & Kawan-Kawan

Kita ni sapa lagi nak tolong kalau bukan adik beradik sendiri. Kita kena bantu adik beradik yang tak berapa berkemampuan, tak kan kita nak tengok adik beradik kita merempat dan dalam kesusahan.



Mungkin hari ini mereka susah dan kita tolong, esok lusa kita belum tahu lagi nasib kita. Mungkin mereka pulak yang akan tolong kita.

Kawan kawan pon kita kena sentiasa berbuat baik. Jaga hubungan dengan kawan kawan, sebab masa susah kawan kawan ni lah yang ada untuk tolong kita.

Bila kawan buat business, kita support bukan kita boikot. Jangan tinggal kawan yang susah sebab cakap mereka nak ambil kesempatan kat kita. Kita tolong mana yang mampu.

Berkat kita tolong tu, inshaallah Allah mudah kan urusan kita. Tak rugi kita berbuat baik antara kita. Tapi berkawan tu kena pandai lah pilih, ada sorang guru saya pernah kongsikan kat saya perihal berkawan.

Kita bila berkawan, kita lihat, adakah kawan kita ni bakal memimpin kita ke jalan syurga atau sebaliknya. Jika ke jalan syurga jangan lepaskan tangan sahabat kita itu.

Ini adalah sedikit perkongsian dari saya untuk menjemput rezeki. Mana yang anda rasa boleh digunakan ambil sebagai pedoman. Pesanan saya jangan mudah putus asa. Berusaha sehabis baik untuk kebahagian dunia dan akhirat.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 399,546 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen