“Ketika Hati Sedang Kecewa, Jadilah Seperti Bulan…” Hayati Nukilan Hati Ini.

 

Apabila hati sedang terluka apa yang kita akan lakukan?

Bersendirian?

Kemurungan?

Atau mencari kawan?

Walau apa jua yang kita lakukan, pasti sukar untuk bangkit, kerana kesan yang diterima dalam lukanya. Sekiranya ada sebilangan kita masih dalam proses untuk bangkit dan menyembuh hati yang luka, jom hayati nukilan dari saudara Syafiq Ridhwan ini…

********

Related image
Kredit: Pinterest

"Maybe the moon is beautiful only because it is far"

"I don't think so" saya menjawab.

"Bulan kelihatan cantik di sana mungkin sebab tiada tangan - tangan yang mengecewakan dia"

"Dia mungkin tidak pernah kecewa. Terluka. Dia terletak di sana, tanpa sebarang perhatian. Dia kekal bahagia menjaga diri sendiri. Sedih, gembira, aib, kecewa yang terjadi di sana, tiada siapa tahu. Mungkin dia tak pernah kecewa, dan mungkin dia sedikit tidak pernah bahagia. Dia kekal teguh menyokong diri sendiri"

"Faham kan?"

Mereka menggelengkan kepala perlahan.

"Terkadang dalam hidup ini, ada waktu kita tak perlukan orang lain. Tak perlu mencari orang lain. Yang kita perlukan sekadar ruang masa untuk bersama dengan diri sendiri"

"Ruang itu kita tidak nampak secara mata kasar, tapi kita dapat rasa sebab kita sendiri yang cipta"

"Berapa lama dah kita asyik menjaga hati orang, sehingga diri sendiri terabai. Sibuk memilih untuk menidakkan perasaan sendiri semata menjaga penuh orang lain punya perasaan. Sibuk mengejar impian orang lain, sedangkan impian kita terhenti di tengah jalan. Sibuk memasang angan - angan yang akhirnya, dimusnahkan oleh orang lain. Berapa lama"

"Cubalah bersendiri. Di ruang yang kita cipta ini, kita boleh berbicara dengan diri sendiri. Tentang apa - apa pun. Keinginan, kerisauan, ketakutan, harapan dan apa - apa pun pasti dapat dirasakan"

"Kita cuma perlu diam, bercakap tanpa suara dengan diri sendiri"

"Cubalah"

"Belajarlah menemani sepi, menemani hati. Barangkali disana kita boleh menemukan diri kita yang sebenar-benarnya"

"Mungkin, satu hari kelak, kita juga dapat kelihatan cantik seperti bulan"

"Cuma, bila sudah berjaya, tetaplah letakkan ego sedikit. Seperti mana peluru hendak menembusi bulan, ia perlu melintasi sempadan yang dipagari oleh bintang - bintang"

"Sama macam awak"

"Setidaknya kita tidak akan kecewa lagi kelak"

********

Semoga Kita Semua Mendapat Inspirasi!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,896 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen