“Dah Kahwin Nanti, Nak Ajar Isteri Berdikari Boleh, Tapi Jangan Sampai Lepas Tangan Menjalankan Tanggung Jawab Sebagai Suami”

 

Bagi anak muda yang mahu berkahwin nanti, khususnya kaum lelaki, memang banyak tanggung jawab yang perlu dilaksakan sehingga isteri perlu berdikari. Pada masa kini, tidaklah menjadi suatu perkara yang pelik bagi pandangan masyarakat apabila melihat seorang isteri yang berdikari tanpa suami.

Kebiasaannya, golongan isteri ini memiliki sama ada suami yang kerja berjauhan, suami yang sukar untuk mendapat cuti ketika di pejabat, ataupun kerja masa yang tidak menentu. Jadi, situasi sebegini sedikit sebanyak akan membuatkan para isteri kasihan dengan suaminya sendiri. Maka, masyarakat tidak boleh salahkan suami seratus peratus dalam hal ini.

Namun sedemikian, jika benar isteri mampu berdikari tanpa suami disisi, jangankan pula biasakan mereka sehingga TERLALU berdikari. Takut lama-kelamaan, isteri akan makan hati dan mulai tawar terhadap suami.

CONSIDERATION.

Si suami perlu ada rasa sedikit pertimbangan, walaupun isteri memberitahu mereka mampu berdikari dalam apa jua situasi.

Yelah, masing-masing sibuk mencari rezeki.

Terlalu kejar dengan duit pendapatan supaya dapat menampung perbelanjaan keluarga nanti.

Antara Situasi Utama Yang Suami Perlu Bersiap Sedia TIDAK Membiarkan Isteri Terlalu Berdikari Adalah…

Membuat Check Up Ketika Hamil!

Suami perlu buat pertimbangan tentang kesihatan isteri, malah keselamatan isteri juga. Sanggup membiarkan isteri membuat segala tugas berseorangan, tanpa anda disisi. Sekiranya, masih dalam trimester pertama, kemungkinan besar isteri masih larat untuk membuat check up keseorangan.

Cuba bayangkan ketika kandungan yang sarat, isteri nak bangun pun tak larat.

Walaupun ada ahli keluarganya yang boleh menemani isteri untuk membuat check up, namun jagalah hati isteri untuk menemani dirinya. Ketika inilah peluang si suami untuk memberi perhatian yang cukup pada si isteri.

Jangan lepas tangan pada ahli keluarga anda pula.

Tarikh appointment kan sudah ditetapkan awal, jadi cubalah sedaya upaya untuk free-kan diri anda pada tarikh tersebut.

Mendidik Anak-Anak!

Kebiasaannya, si suami akan lepas tangan pada isteri untuk menjaga dan mendidik anak-anak. Bagi ibu bapa yang bekerjaya pasti akan tinggalkan anak-anak pada pengasuh atau juga taska. Jadi, si suami akan menyuruh isteri seratus peratus untuk mencari pengasuh yang terbaik. Padahal dirinya tidak fikir apa jua perancangan pun.

Jangan lepas tangan dalam situasi begini.

Sama-samalah membuat perancangan, mencari dan menyumbangkan idea. Isteri pun penat bekerja, bukan anda seorang sahaja.

Perancangan Kewangan!

Hal ini sentiasa menjadi isu suami isteri, sehingga hubungan menjadi berantakan. Sama ada isteri lepas tangan dengan tanggung jawab ini, ataupun si suami. Kalau ada suami yang lepas tangan, ini terjadi kerana suami tidak suka serabut untuk memikirkan hal wang, jadi semuanya diserahkan pada isteri bulat-bulat.

Namun, akhirnya apabila berlaku kesilapan, isteri yang akan dipersalahkan, padahal dirinya sendiri yang tidak mahu masuk campur hal kewangan. Jangan buat isteri tertekan. Sama-samalah membuat rekod dan lihat perbelanjaan keluarga.

Sebagai Suami Sepatutnya Sediakan Ruang Untuk Diri Sendiri Menjalankan Tanggung Jawab Sebagai Suami!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 413,258 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen