"Bergegar Tiang Arasy Bila Perkataan Cerai Dilafazkan" Satu Kisah Penuh Pengajaran.

 

Sebagai seorang suami kita perlu tahu akan tanggungjawab kita kepada isteri serta anak-anak kita. Mereka ini amanah yang begitu besar sekali diberikan kepada mereka yang bergelar seorang suami dan ayah. Jangan sesekali kita mempersiakan mereka demi mengejar perkara yang lain.

Sebagai suami anda perlu tahu mengimbangkan antara dunia dan akhirat dengan baik. Jangan terlalu mengejar akhirat tapi kita lupakan dunia sedangkan seimbangkanlah kedua-duanya. Kali ini perkongsian daripada Farizal Radzali ini sememang satu perkongsian yang bermakna buat suami isteri dalam erti tanggungjawab.



Seorang sahabat meminta saya menuliskan tentang satu kes shariah yang dikendalikannya.

Seorang suami mengadu isterinya nusyuz kerana keluar dari rumah tanpa izinnya & isterinya mohon diceraikan tapi dia tak mahu ceraikan isterinya kerana katanya "Bergegar tiang arasy bila perkataan cerai dilafazkan."

Lalu kini isterinya memohon fasakh.



Kenapa isterinya mohon fasakh?

Suaminya seorang tabligh. Selalu mengikut kumpulan tabligh bermusafir untuk menyebarkan syiar islam. Selalunya 2-3 minggu tak balik, tengoklah tempat yang dia pergi.

Suaminya bekerja sendiri mengambil upah membaiki rumah rumah, paip & elektrik. Ada kerja ada gaji. Tak kerja takde gaji. Katanya "kita kejar akhirat, dunia akan kejar kita". Dan dia juga tak izinkan isterinya bekerja kerana bimbang isterinya tak boleh menjaga agama diluar rumah. Katanya "Perempuan adalah punca utama fitnah akhir zaman, maka ikatlah isteri kamu di rumah. Lagipun tempat isteri adalah di rumah."

Kenapa isterinya keluar tanpa izin? Suaminya keluar 2 minggu tanpa tinggalkan nafkah lalu si isteri keluar bekerja tanpa memaklumkan suaminya. Kenapa tak maklumkan? Tak tahu suaminya berada dimana. Tiada telefon, tiada alat perhubungan lain kerana kata suaminya itu semua bidaah, lagho & punca kelalaian duniawi semata.

Kenapa isteri minta diceraikan? Adakah dia sengaja nak menggegar tiang arasy? Sengaja nak masuk neraka?



Fikirlah sendiri.

'Kejarlah akhirat, dunia akan mengejar kamu' - Umpama kita berdoa, lalu duit jatuh dari langit, tanpa perlu bekerja. Umpama kita berdoa lulus cemerlang, tanpa perlu belajar.

Imbangi dunia dengan akhirat, kamu akan selamat.

Beribadatlah seperti kamu akan mati hari ini.

Carilah rezki seperti kamu akan hidup 1000 tahun lagi.

Bukan tiada yang bagus, masih ramai mubaligh yang sangat baik, mendekati masyarakat dengan ikhlas agar kita semua masuk syurga. Cuma adakala hanya seorang dalam satu kumpulan tu yang bersikap begini, habis semua dipandang serong. Andai kita sesama islam memandang serong, bagaimana dengan bukan islam yang memandang?

KERANA NILA SETITIK, ROSAK SUSU SEBELANGA.
Janganlah ada di antara kalian yang menjadi nila yang setitik itu.

Kepada ketua kumpulan tabligh, apa yang anda buat adalah sesuatu yang mulia, jihad fii sabilillah. Tapi tolong pastikan ahli-ahli kumpulan anda melangsaikan amanahnya yang wajib terhadap keluarganya terlebih dahulu sebelum menjalankan amanah yang sunat kepada orang lain. Moga segala urusan kalian dimudahkan. Aamiinnn...


Amalan tabligh ini amat bagus sebenarnya, jangan pula kita nafikan. Nabi Muhammad juga bermusafir & menyampaikan syiar islam. Yang menjadi serong bukan kumpulan tabligh itu, tapi seorang dua individu di dalamnya. Yang tak dapat bezakan mana wajib & mana sunat. Ini masalah individu, bukan masalah kumpulan tabligh berkenaan. Jangan cepat mencemuh.

Saya bukan seorang yang pandai bab agama, jadi tak layak bercakap hal agama. Cuma, tolong jangan abaikan nafkah orang-orang yang diamanahkan kepada anda. itu sahaja.

*Kisah ini dikongsikan bertujuan untuk memberi pengajaran sahaja.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 454,791 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen