Sebelum Nak Suruh Isteri Berhenti Kerja, Cuba Pertimbangkan Perkara Ini Dulu.

 

Ramai suami yang suka isterinya menjadi suri rumah sepenuh masa. Ini kerana, masa yang ada itu boleh menjaga makan minumnya dengan baik malah anak-anak juga terdidik dengan lebih elok. Tidak hanya itu sahaja, ada juga yang berpendapat bahawa bila isteri jadi suri rumah sepenuh masa maka segala perbelanjaan di rumah akan lebih jimat.

Jika diteliti ia memang nampak macam jimat tetapi sebenarnya nak mulakan itu agak sakit sedikit. Mana tidaknya jika dulu isteri bantu kini hanya seorang diri sahaja yang perlu menanggung segala perbelanjaan.

Sebelum nak suruh isteri kita berhenti kerja, apa kata kita baca dulu perkongsian daripada Firdaus Shakirin ini.



Sebelum nak suruh isteri berhenti kerja, pertimbangkanlah 3 perkara ini dahulu.

• Berapa saving yang ada
• Komitmen yang boleh dikurangkan/dibuang
• Cara untuk tambah pendapatan

2 tahun lepas, isteri saya berhenti kerja masa saya tak bersedia apa-apa lagi untuk ke arah tu. Dari pendapatan bulanan 2 gaji, kepada 1 gaji.

Struggle untuk tampung perbelanjaan bulanan, untuk bayar hutang-hutang sampai habis guna savings yang ada. Jadi, jika kita sebagai suami nak isteri berhenti kerja, pertimbangkanlah.



Berapa savings yang kita ada.

Brapa bulan yang savings boleh tampung sehingga kita dapat menyesuaikan diri dengan kerja seorang diri. Kalau savings tak banyak, maka perbanyakan dulu savings sebelum isteri berhenti. Untuk kegunaan dimasa sesak, tenat dan nazak.

Komitmen yang boleh dikurangkan apa, lagi bagus, yang boleh dibuang.


Senaraikan komitmen yang ada. Bil-bil yang berbayar, yang bukan keperluan. Contohnya sekarang ni bayar astro bulan2 RM100, maka dapatkan kembali RM100 tu dengan pakai Njoi. Sekarang bil telefon RM100 dengan pelan data 60 gb. Maka, ambik pelan data yang lebih rendah, yang lebih murah. Buang atau kurangkan apa jua komitmen yang ada supaya kita ada duit lebih.

Cara untuk tambah pendapatan.

Boleh kerja lebih masa (overtime) atau tidak...kalau boleh, buat ot selagi ada ot. Balik lambat tak ape, asalkan bulan-bulan cukup untuk guna. Kalau tak boleh ot, tengok alternatif lain seperti jadi ejen apa-apa. Tak semestinya kena kerja luar rumah, mugkin buat marketing dalam rumah, depan pc / hp, cari customer melalui social media.



Setahun struggle untuk nak cover 1 gaji yang dah hilang tu. Hutang masih sama, tapi gaji 1 sahaja, bukan 2. Saya guna 3 kaedah diatas, dan sekarang kehidupan kami makin bertambah baik dah boleh buat savings semula, dan kehidupan sekarang sebenarnya lagi baik daripada kehidupan ketika dua-dua bekerja dahulu.

Suami perlu fikir panjang.

Jangan sekadar suruh isteri untuk berhenti kerja sebab strugglenya bukan calang-calang. Kalau tak tahan, boleh gaduh, boleh sampai tahap bercerai. Kena pandai handle situations dan tekanan bila kita memilih untuk meletakkan dia dirumah. If tak ade preparations yang cukup, maka jangan lagi. Biar at least satu hutang dah habis bayar, then baru suruh dia berhenti.

Selebihnya atas perbincangan antara suami isteri masing-masing.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 454,470 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen