Antara Sebab Mengapa Mereka Yang Murung Mempunyai Tabiat Mencederakan Diri Sendiri.

 

Individu yang sedang murung sering cuba untuk mencederakan diri sehingga menjurus ke arah membunuh diri. Ia dikenali sebagai Non-Suicidal Self Injury (NSSI).

Dalam beberapa laporan kes dan juga kajian psikologi yang dibuat yang mengambil kira kes-kes yang berlaku dalam masa 10 - 15 tahun kebelakangan ini, terdapat beberapa sebab mengapa perlakuan ini dibuat oleh seseorang.

1. Untuk menghilangkan emosi dan reaksi negatif yang keterlaluan dalam diri seseorang dan menyalurkan kemarahan dan kekecewaan.

Kajian mendapati mereka yang mempunyai kecenderungan untuk melakukan NSSI ini mempunyai masalah berkaitan psikiatri pada awalnya. Antara penyakit yang diketahui berkaitan dengan NSSI ini termasuklah Major Depressive Disorder (MDD), Generalized Anxiety Disorder (GAD) dan Borderline Personality Disorder (BPD).

Mereka kurang sokongan dan kasih sayang daripada rakan sekeliling dan keluarga, menyebabkan mereka memilih jalan ini sebagai cara menyalurkan kemarahau atau kesedihan mereka. Akhirnya, otak dan mental mereka akan mengaitkan apa-apa kesakitan emosi yang mereka alami akan diikuti dengan kesakitan dari segi fizikal, yang mana amat berbahaya dan merupakan salah satu tunjang utama mengapa perkara ini tidak semena-mena menjadi rutin dan tabiat mereka.

Related image
Gambar Sekadar Hiasan.

2. Sebagai cara mengelakkan diri daripada terfikir untuk membunuh diri.

Ada beberapa jenis orang yang menggunakan cara ini sebagai cara mengalih perhatian daripada minda mereka yang terus menerus memikirkan mengenai bunuh diri. Perbuatan NSSI ini dapat mengalih perhatian, disamping memberi sedikit ‘kesedaran’ bahawa kesakitan yang dialami itu sedikit jika berbanding dengan mencederakan diri dengan niat membunuh diri.

3. Sebagai satu cara menghukum diri sendiri.

Self-punishment ini merupakan salah satu implikasi daripada cara seseoraing itu dibesarkan, yang mana adakalanya, setiap kesalahan yang dilakukan akan menerima hukuman yang diterjemahkan dalam bentuk kesakitan oleh ibu bapa mahupun orang yang membesarkan mereka.

Apabila golongan yang dibesarkan ini mencapai usia remaja dan dewasa, di mana perlakuan mereka yang mereka rasa salah dibiarkan begitu sahaja, mereka mempunyai kecenderungan untuk menghukum diri mereka sendiri dengan memberi kesakitan dan kecederaan.

4. Untuk menghilangkan rasa ‘kekosongan’ dalam diri.

Adakalanya, sesetengah orang melakukan perkara ini kerana mereka merasakan kehidupan mereka agak ‘numb’ dan kosong serta mendatar sahaja. Untuk memberikan minda mereka kesedaran bahawa mereka ini sedang hidup, serta memberikan rasa dan perasaan untuk ‘hidup’, mereka menyakitkan diri.

Rasa jiwa kosong ini banyak berkait rapat dengan pengambilan ubat-ubat psikiatri yang berfungsi sebagai penenang dan menstabilkan mood pesakit.

5. Untuk mendapatkan perhatian daripada orang lain.

Ada sesetengah orang melakukan perkara ini untuk mendapatkan perhatian daripada orang lain, atau orang yang mereka cintakan, iaitu dengan cara membuat sesuatu perkara yang mengundang simpati oran lain. Mendapatkan perhatian ini juga sebenarnya adalah sebagai satu cara untuk memberitahu bahawa mereka memerlukan pertolongan dan rawatan daripada segi kesihatan mental.

Perbuatan NSSI ini seperti yang kita ketahui adalah tidak normal dan buat mereka yang mempunyai tabiat sebegini, seharusnya mereka perlu mendapatkan pertolongan dan rawatan daripada segi psikiatri dan kesihatan mental. Kajian demi kajian mendapati kemungkinan besar untuk para pelaku NSSI ini untuk mengakhirkan kehidupan mereka dengan membunuh diri adalah amat tinggi.

Disebabkan oleh NSSI ini sendiri kadangkala berkait rapat dengan beberapa penyakit mental, penyakit-penyakit tersebut perlu dirawat dalam pelbagai cara mengikut kepada kesesuaian dan diagnosis pesakit. Dalam kebanyakkan masa, tabiat NSSI ini akan hilang apabila penyebabnya, dan penyakit mental yang berkait dengannya dirawat sepenuhnya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,894 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen