Tanda-Tanda Anda Tak Bersedia Untuk Bercinta Jarak Jauh.

 

Perhubungan Jarak Jauh (PJJ) atau bercinta jarak jauh sebenarnya amat menyeksakan pasangan yang sudah berkahwin. Masakan sudah berkahwin, tetapi masih perlu duduk berjauhan. Ia seolah-olah tidak normal kerana tidak dapat bermanja dan bergurau sentiasa seperti pasangan suami isteri yang lain.

Dalam diam, anda sebenarnya makan hati melihat keromantisan pasangan lain.

Jadi, bagi mereka yang sedang bercinta atau sedang berkahwin, cuba lihat tanda-tanda di bawah ini, adakah anda sebenarnya sudah bersedia untuk bercinta jarak jauh dengan pasangan atau pun tidak?

Anda Sebenarnya Tidak Bersedia Langsung Untuk Bercinta Jarak Jauh Atau PJJ Sekiranya Anda Dan Pasangan…

1. Terlalu clingy.

Anda dengan pasangan terlalu clingy antara satu sama lain. Bukan sahaja perlu hubungi dan whatsapp setiap masa, kalau boleh setiap hari pun nak berjumpa. Orang lain yang melihat, anda berdua ibarat belangkas, memang langsung tidak boleh berpisah. Kalau berpisah sekejap pun, boleh nampak anda jadi gila tanpa kehadiran pasangan.

Whatsapp bluetick pun, dah terkapai-kapai seperti tidak boleh bernafas.

2. Terlalu banyak masalah komunikasi.

Apabila kita menjadi terlalu rapat dengan seseorang, secara tidak langsung sebenarnya kita akan mempunyai masalah komunikasi. Ini kerana semakin kita mengenali seseorang, semakin kita nampak atau tahu kelemahannya.

Jadi, tidak hairan sekiranya anda dengan pasangan sering bergaduh. Kalau berjauhan pun, semakin galak bergaduh kerana tidak tahu memujuk dengan jarak jauh. Mesti nak berdepan, baru okay.

3. Tak bersedia untuk berbual isu penting.

Individu yang yang tak bersedia langsung untuk bercinta jarak jauh adalah individu yang langsung tak bersedia nak membincangkan hal-hal penting. Terutamanya tentang komitmen masing-masing. Ini kerana dalam membina rumah tangga, hal penting perlu dibincangkan setiap hari dan setiap minggu.

Kalau pasal simpan duit untuk kahwin pun selalu mengelak untuk berbincang, apatah lagi nak bincang untuk merancang keluarga. Memang akan sentiasa mengelak.

4. Terlalu mudah cemburu dan paranoid.

Secara tipikalnya, kelemahan bari mereka yang sedang PJJ adalah sukar untuk mengelakkan perasaan cemburu dan juga paranoid. Sekiranya anda atau pasangan memiliki perasaan cemburu yang membuak-buak sehingga timbul perasaan paranoid atau curiga, kalian berdua sebenarnya sedang bermasalah.

Jika ini yang sering terjadi pada kalian berdua, jangan bermimpi sekiranya sudah berkahwin nanti, mahu duduk berjauhan. Apatah lagi kerja berjauhan. Boleh jadi gila rasanya, setiap hari rasa nak berpisah.

5. Sudah mula berfikir negatif tentang hubungan kalian.

Baru bincang nak kerja berjauhan, anda atau pasangan sudah fikir yang bukan-bukan. Malah membuat andaian yang begatif pula.

“Tak boleh nak bercinta jarak jauh, mesti masalah timbul nanti..”

Anda atau pasangan, memang langsung tidak positif tentang hal ini.

Jadi, bagi mereka yang memiliki pasangan kerja tidak menentu, dan terpaksa berjauhan, fikir banyak kali, adakah anda sebenarnya bersedia untuk menghadap situasi tersebut?

Kalau tak, jangan berangan ye!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,227 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen