Post Mortem Hubungan Suami Isteri, Elak Rumahtangga Bergolak.

 

Nak kekalkan kebahagiaan dan kemesraan dalam alam rumahtangga itu bukanlah satu perkara yang mudah. Lagi-lagi apabila ia melibatkan penjagaan hati dan perasaan ini. Dua perkara ini sememangnya begitu mudah terusik terhadap satu perkara yang tidak disenangi.

Dalam rumahtangga kita tidak tidak akan lari dari menyakiti hati dan perasaan pasangan tanpa sengaja, malah kadang kala kita tidak sedar pun bahawa pasangan kita itu terluka akan perbuatan kita. Itu belum lagi dirinya terluka dengan orang di dalam keluarga kita pula, paling sukar untuk dipulihkan hatinya.

Tapi sebenarnya ada cara untuk kita luahkan hati perasaan kita ini, lagi-lagi mengenai perkara-perkara yang kurang disenangi dan menyakiti hati. Menurut perkongsian daripada Hilmi Jailani, post mortem hubungan suami isteri adalah cara yang paling sesuai untuk anda dan pasangan saling mengetahui isi hati masing-masing.



Hari ini rata-riti kita dapat dengar kisah rumah tangga yang bergolak. Musim kot eh? Sampai rakan-rakan kita yang bujang pun jadi was-was nak melangkah. Topik ni aku seram gila sebenarnya nak bincang. Sebab aku tak tahu masa depan aku macam mana.



Cuma aku nak kongsi satu benda yang aku selalu buat bersama isteri. “Post mortem”. Aku terdetik nak cerita ni sebab aku dapati kesan dia bagus sangat. Eh perkara ni penting lah aku rasa.

1. Yang patut lead program ni siapa? Tak kisah pun sebenarnya. Lebih bagus si ketua lah, suami. Aku syak kalau si isteri pun yang ajak, cik abang yang baik akan on je. Mana tahu kot selama ni dia yang banyak nak luah tapi masing-masing asyik mendiam saja.

2. Nak buat post mortem ni tak payah tunggu special date pun. Paling kurang sebulan sekali. Jangan nanti gaduh besar baru terfikir nak mula. Waktu yang baik ialah waktu malam. Tidurkan anak awal-awal. Mandi dan bersihkan diri. Kalau boleh ambil wudhuk dan tenang-tenang sebelum mula.

3. Taknak ada perasaan nak cari salah siapa-siapa tau. Pasak dalam hati yang motif perbincangan ini untuk bahagiakan perkahwinan kita sampai mati. Yelah, ada ke orang nak kahwin sekejap-sekejap? Aku tak tahulah jenis manusia apa kalau ada.

4. Dengar-Dengar-Dengar. Ulas dan respond bila ada bunyi tanda soal sahaja. Ini penting. Apa kau rasa bila kau tengah sedih cerita tentang sakit, ada orang potong cakap “alah sikit je pun” atau “gitu pun nak nangis”? Spoil gila kan? Sudahnya program tak capai matlamat. Malah mungkin makin teruk dengan penambahan luka baru.

5. Fikir dan susun ayat elok-elok ketika meluah. Satu persatu. Taknak gelojoh. Kita tahu banyak benda yang terpendam dalam hati ni. Lebih lagi kalau dah lama tersimpan. Cara yang paling selamat ialah berbincang dengan nada berbisik. Maknanya muka kita dengan pasangan tak jauh. Dengan ini kita boleh nampak raut wajah dia bagaimana. Wajah yang sama waktu mula bercinta dulu.

6. Kalau sentap, diam. Ketap gigi rapat-rapat. Tunggu sampai turn baru beri respond dengan baik. Ingat, kita mahu cari titik penyelesaian. Angguk dan cuba berubah selari dengan persetujuan yang dicapai.

7. Jangan undur diri sebelum selesai. Habiskan dengan baik. Kawal emosi dan hargai moment ini dengan penuh rasa bahagia.

Percayalah, esok matahari terbit bersama pelangi indah tanpa hujan. Perasaan macam baru-baru kahwin. Dada yang berat selama ini terus terasa ringan. Kaki melangkah penuh bergaya. Tengok pasangan terus rasa nak sayang-sayang je.



Buatlah weh. Aku tulis ni pun dalam senyum terkenangkan moment “post mortem” kami semalam. Alhamdulillah.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,893 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen