Tanda-Tanda Anda Menganggap Single Itu Budaya Yang Toksik.

 

Pernah atau tidak kita terjumpa atau terlihat dengan seseorang yang sentiasa menganggap hidup single itu amat membosankan?

Bukan sahaja membosankan, malah individu seperti ini seolah-olah menganggap hidup single tanpa pasangan ini hanya negatif sahaja, tiada yang positif. Tambahan bagi mereka, hidup sebagai orang bujang ini misinya hanya untuk mencari pasangan demi perkahwinan semata-mata.

Secara tidak langsung, andaian sebegini akan membuatkan kita menganggap hidup single itu budaya yang toksik.

Jom lihat sekiranya anda mempunyai tanda-tanda tersebut…

1. Asyik dengan #foreveralone.

Anda ibarat suka provoke diri sendiri atau individu single yang lain. Disebabkan apabila pergi kemana-mana sentiasa berseorangan, anda sering dengan #foreveralone. Kalau update gambar atau status di sosial media pun sering gunakan ayat tersebut.

Lagi parah kalau ada individu menyalah gunakan #foreveralone tersebut dengan test market dirinya pada orang ramai. Test market bertujuan untuk melihat sama ada dirinya masih laku ataupun tidak. Aktiviti sebegini juga boleh dikatakan ‘Tak ada penyakit, cari penyakit’.

Umpama kehidupan sebagai seorang single itu amat kasihan dan hanya untuk mencari simpati sahaja.

2. Single boleh buat hidup jadi murung.

Asal single sahaja mesti murung.

Asal murung sahaja mesti depresi.

Seolah-olah hidup sebagai orang bujang memang sentiasa dalam tekanan pula. Padahal ketika bujanglah banyak masa terluang untuk melakukan pelbagai aktiviti. Tidak kira masa dan waktu. Malah tiada bebanan untuk ditanggung. Bukankah kehidupan ketika bujang, amat menggembirakan?

3. Single membuatkan anda menghina diri sendiri.

Budaya single menjadi toksik kerana anda atau individu lain seolah-olah suka menghina antara satu sama lain.

Asalkan single sahaja terhina.

Asalkan single sahaja kesian.

Malah, asalkan single sahaja mesti sebab tak laku, mungkin kerana fizikal yang tak cantik mahupun kacak.

Jadi ramailah diantara kita yang mula menghina diri sendiri, malah menghina orang lain, yang boleh dipanggil body shaming, skin shaming dan sebagainya.

4. Asal single, mesti tak bahagia.

Hidup sentiasa tak bahagia, kerana anda suka mengukur sesuatu perkara untuk menentukan kebahagiaan masing-masing. Sebagai contoh;

Kena kahwin baru bahagia…

Kena ada anak baru bahagia…

Kena cantik baru bahagia…

Kena kacak baru bahagia…

Kalau macam ni, masing-masing memang sukar untuk menemui kebahagiaan.

5. Single itu sunyi.

Dan yang paling penting adalah, apabila anda mula menganggap single itu kehidupan yang sangat sunyi. Bukan sahaja keseorangan, malah kesunyian kerana kurang mendapat perhatian. Padahal memilih jalan untuk berseorangan bukanlah untuk melalui hari-hari dengan kesunyian, tetapi menjalani liku-liku dengan penuh pengembaraan.

Jadi, kenapa kita mesti menganggap hidup sebagai single adalah satu budaya toksik?

Single itu yang toksik?

Atau anda sendiri sebenarnya yang toksik?

Sehinggakan ramai insan yang tidak mahu mendekati anda, tetapi bukan anda yang pergi menjauhi daripada mereka.

Cuba Lihat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,644 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen