Bukan Dominasi Perempuan, Lelaki Juga Senang Pakai Tumit Tinggi.

 

Era kesamaan gender tampaknya tak hanya berlaku di bidang politik, layanan awam atau pekerjaan, bahkan hingga fesyen. Tak sedikit lelaki yang menjalani perawatan kecantikan demi mendapatkan penampilan sempurna.

Trend fesyen kaum hawa juga kini mulai diminati kaum lelaki. Beberapa majalah fesyen Internasional tampak memasukkan item high heels atau kasut bertumit tinggi sebagai trend fesyen terkini bagi kaum Adam.

Tentu saja bukan stiletto, melainkan kasut but atau pantofel yang memiliki tumit tebal. Beberapa selebriti negara asing seperti Kanye West, Harry Styles dan Justin Bieber kelihatan telah memakainya di beberapa acara.

“Ada semacam kepercayaan diri yang lebih tinggi pada mereka yang memakai kasut bertumit tinggi. Dan hal ini juga kini dialami lelaki,” ungkap redaksi Vogue seperti dipetik dari Independent.

Sebenarnya trend kasut bertumit untuk lelaki sudah pernah muncul namun mulai padam saat abad ke-18. Namun, beberapa selebriti dunia mulai menyebarkan virus kasut bertumit kebelakangan ini. Kim Kardashian misalnya, mendapat komen dari warganet ketika memuat naik foto keluarga di Instagram yang menunjukkan gaya Kanye West dengan kasut tumit tingginya. Sedangkan pemuzik Harry Styles menggunakan kasut bertumit saat rakaman video di Skotlandia. Russell Brand bahkan telah bertahun-tahun memakai kasut bertumit tinggi.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,370 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen