Buat Gadis Yang Sedang Kecewa, Ini Nasihat Berguna Untuk Anda Bangkit Dari Kegagalan.

 

Semua orang pernah merasai kekecewaan dalam bercinta, malah dalam setiap kekecewaan itu perlukan satu kekuatan untuk bengkit dan move on. Tapi kekecewaan yang anda alami itu bukanlah tanda segala-galanya akan berakhir, malah ia adalah satu permulaan yang lebih menyeronokkan dan mencabar.

Tak guna untuk meratapi apa yang telah berlaku, bahkan janga membalas dendam dengan perkara yang sia-sia tetapi gunalah ia sebagai kayu pemulaan untuk kejayaan anda.

Sedikit nasihat daripada Marliya Ramli buat gadis-gadis di luar sana.



Jadilah bijak dan kaya hingga ex-boyfriend murung teruk sebab pernah curang dulu. Ya.. saya ingat pesanan akak tapi bagaimana?

Caranya mudah sahaja:

1 - Semak siapa pergaulan kita? Kalau semuanya pesen asal gaji licin seperti angin tepi pantai, binalah persahabatan baru dengan rakan yang bijak wang.

2 - Buat allocation khas untuk mendapat kan bahan bacaan setiap bulan. Fokus bahan bacaan kepada teknik bersara selesa, pembinaan sahsiah diri yang positive dan peningkatan kerjaya cemerlang. Ingat... lagi tinggi jawatan, lebih besar pendapatan.

3 - Sementara bujang, allocation simpanan bulanan wajiblah 30% ke atas. Buat juga tabung rumah pertama. Beli rumah sebelum di sunting jadi orang rumah.



4 - Pastikan sentiasa jaga kesihatan dan kecantikan. Cari masa untuk ke gym bersukan dan ke spa setiap bulan. Sayangi diri, sentiasa pilih makanan yang menyihatkan.

5 - Buat minimum dua pekerjaan. Fokus menjana pendapatan tambahan. Manalah tahu jumpa jodoh di tempat baru nanti. Bakal boyfriend sedang tunggu untuk kita jumpa dia tu. Usah sedih terlalu lama #apeni

6 - Semak senarai hutang. Lebihan wang top up bayaran hutang setiap bulan. Tuliskan sasaran masa untuk setiap hutang diselesaikan. Wang bonus tahunan usah pegi bercuti selagi semua hutang tidak diselesaikan.

7 - Jangan salahkan takdir atas kegagalan cinta lama. Putus cinta memang sakit. Tapi bercerai di masa depan lebih sakit. Berumahtangga dengan jodoh yang menyeksa jiwa jauh lebih sakit daripada putus cinta.



8 - Jangan terlalu cepat berpatah balik kepada ex-boyfriend. Waktu kita uturn, mungkin kita sedang melepaskan calon lain yang lebih sempurna sebagai khalifah keluarga.

9 - Pelbagaikan cabang simpanan. Boleh mula buka akaun simpanan emas. Asyik whatapps akak awal tahun sejak harga RM175, hari ni emas RM202 dah naik 15.42%. Fokus menabung emas 999, lebih baik daripada melayan emosi dengan ex-boyfriend yang tak guna.

10 - USIA GADIS HANYA SEKALI. Jangan sia-siakan dengan rasa kecewa yang tak seberapa. Masih ramai arjuna baik yang single dan lebih berkualiti. Yang penting sebagai gadis, tingkatkan kualiti di dalam diri.

Sapa pembaca akak masih bujang say hi sikit pembaca akak bujang yang lain nak stalk FB anda. Yang kawen say hi, akak tag bini korang.

Salam sayang

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 446,632 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen