Kawal 9 Jenis Makanan Ini Agar Anda Tidak Kelihatan Tua Sebelum Waktunya.

 

Kelihatan tua sebelum umurnya? Aik umur baru 22 tapi raut wajah kelihatan seperti sudah nak masuk ke ambang 30an. Apa yang lebih menyedihkan lagi apabila ramai makcik pakcik serta saudara mara tertukar antara anda dan juga kakak anda, tak akan kakak anda lebih muda pula.

Haa, pasti sesetengah orang pernah berdepan dengan masalah ini bukan? Kadang kala bukan masalah gaya hidup tidak sihat sahaja penyumbang kita kelihatan lebih tua tetapi pemakanan kita juga merupakan salah satu faktor ke arah itu.



Makanan merupakan sumber penting untuk badan mendapatkan nutrien, vitamin, mineral dan segala yang diperlukan oleh badan bagi menjalankan fungsinya dengan baik. Makanan juga bertindak untuk memberikan tenaga kepada badan agar anda lebih bertenaga dalam melaksanakan tugasan seharian anda. Namun, tahukah anda bahawa makanan penyebab anda kelihatan tua? Tidak percaya? Ikuti artikel ini untuk mengetahui apakah antara makanan tersebut.

Makanan penyebab anda kelihatan tua:



1. Manis, bergula

Makanan manis dan mengandungi tinggi kandungan gula bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan, malah ia juga menyebabkan anda kelihatan lebih berusia daripada usia sebenar anda dengan kemunculan kedutan pada kulit. Antara makanan yang harus dihadkan pengambilannya adalah seperti donut disaluti krim, kek dan gula-gula.

2. Alkohol

Pengambilan secara sederhana mungkin memberikan manfaat kepada jantung, tetapi meminumnya secara berlebihan boleh mempercepatkan proses penuaan. Malah kesan alkohol juga amat berbahaya kepada hati – toksin yang wujud dalam hati boleh menyebabkan pelbagai masalah berkaitan kulit seperti jerawat, dan kedutan, serta mengurangkan keanjalan kulit. Minuman beralkohol juga tidak baik kerana boleh menyebabkan dehidrasi.

3. Garam

Makanan yang mengandungi garam pada jumlah yang tinggi merupakan makanan penyebab anda kelihatan tua. Antara contoh makanan yang tinggi kandungan natrium adalah seperti kerepek kentang, makanan dalam tin. Garam akan menyimpan air dan kesannya boleh kelihatan pada mata yang bengkak. Sebaiknya elakkan makanan yang tinggi kandungan garam untuk mengurangkan risiko anda menjadi kembung dan berkedut!



4. Kesan terbakar

Pasti anda pernah melihat atau memakan hidangan bakar atau panggang, di mana pada daging atau ayam yang dipanggang itu kelihatan tompokan hitam kesan terbakar atau dipanggil charred atau black char. Namun, makanan seperti ini merupakan antara makanan penyebab anda kelihatan tua. Ia mengandungi hidrokarbon pro-radang (pro-inflammatory hydrocarbon) yang boleh menyebabkan kolagen pada kulit anda rosak. Anda masih boleh memakan makanan yang dipanggang, cuma hindari dari memakan bahagian yang terbakar tersebut.

5. Daging diproses

Sosej, bakon atau daging burger merupakan antara makanan yang terkandung sulfit (sulfide) dan bahan pengawet lain yang boleh mencetuskan keradangan pada kulit dan mempercepatkan penuaan. Malah, produk makanan sebegini juga tinggi kandungan garam.



6. Daging merah

Memakan lebih daging merah, seperti daging lembu, boleh menjejaskan keupayaan badan untuk menghasilkan kolagen – yang membantu menjadikan kulit lebih muda, anjal dan sihat. Daging merah mengandungi kandungan lemak tepu tinggi yang boleh membawa kepada masalah penyakit jantung, strok dan beberapa jenis kanser.

7. Makanan bergoreng

Makanan seperti kentang goreng dan ayam goreng pastinya merupakan antara makanan segera kegemaran ramai. Namun, sebarang makanan yang digoreng dalam minyak boleh menambahkan keradangan pada seluruh badan dan merupakan antara makanan penyebab anda kelihatan tua. Pengambilan makanan bergoreng dengan terlalu kerap meningkatkan kandungan kolesterol tidak sihat LDL dan mengurangkan kandungan kolesterol baik HDL – sekali gus meningkatkan risiko penyakit jantung.



8. Makanan pedas

Benarkah makanan pedas menjadi makanan penyebab anda kelihatan tua? Walaupun ada pendapat yang mengatakan makanan pedas baik untuk kesihatan, namun, ia juga boleh membuatkan anda kelihatan lebih berusia berbanding usia sebenar anda – terutama kepada individu wanita yang sedang mengalami menopaus. Dan bagi individu yang menghidapi rosacea – keadaan yang menyebabkan kulit kemerahan – makanan pedas hanya akan memburukkan lagi keadaan kulit anda.

9. Kafein

Minuman yang berkafein, adalah bersifat diuretik – ia menolak atau menyingkirkan air dari dalam badan yang boleh menyebabkan dehidrasi dan mengurangkan kelembapan badan yang boleh mengakibatkan kerosakan pada kulit sekali gus menjadikan anda kelihatan lebih berusia.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,404 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen