Belum Masuk Usia 40 Lagi, Anda Akan Jadi Miskin Kalau Buat 10 Cara Ini Sepanjang Hidup.

 

‘Nak Jadi Miskin Tu Mudah, Tapi Nak Jadi Kaya Tu Susah…’

Antara kata-kata yang amat sesuai dengan anak muda zaman sekarang, jika lihat daripada perbelanjaan mereka. Malah, nak cari kerja pun lihat gaji semata-mata, daripada mencari pengalaman. Nak gaji sebab nak pura-pura jadi kaya.

Gaji kecil atau bergaji besar, sekiranya rutin hidup sering melakukan 10 cara ini, tidak mustahil akan mudah jatuh miskin sebelum masuk usia 40…

1. Tiada impian masa hadapan.

Terlalu berteguh pada kata-kata ‘Go With The Flow’ sahaja sepanjang hidup. Kalau ada impian masa depan pun, terasa rugi sebab dah nampak jelas masa hadapan.

2. Buat pinjaman peribadi.

Tak kisah apa jua urusan, mesti nak buat personal loan. Nak kahwin buat personal loan, deposit untuk beli rumah mohon personal loan, nak bayar hutang pun guna personal loan, bertambah-tambah hutang lah sepanjang hidup.

Ia umpama jalan short cut, supaya anda mudah menjadi senang dalam jangka masa yang pendek.

3. Dapat gaji, terus belanja, tiada simpanan.

Tiada langsung agihan atau perancangan kewangan. Dalam hidup anda tiada langsung formula gaji untuk komitmen, hiburan, pelaburan mahupun simpanan. Memang tak ikut langsung simpanan 10% atau 20% daripada gaji.

Apa yang anda tahu, dapat je gaji terus shopping.

4. Beli kereta yang komitmen 30% daripada gaji.

Sepatutnya jika mahu membeli kereta, perlu beli kereta yang tidak melebihi tahunan gaji iaitu RM3000 x 12 = Tidak melebihi RM36 ribu.

Tapi anda tak!

Kalau boleh nak kereta RM80,000. Lepastu nak yang ada Mugen. ‘Biar Papa, Asalkan Bergaya’. Memang itu niat anda, hanya mahu memenuhi kepuasan sendiri sahaja.

5. Gelabah tengok model gajet terbaru.

Zaman sekarang ni, bukan sahaja ramai anak muda gelabah tengok model iPhone baru di pasaran, tidak kira apa jua model Huawei p30 pro atau Samsung galaxy s, semua nak beli. Kalau tak beli nanti, gambar tak cantik.

6. Setiap minggu pergi travel dan shopping.

Penat sangat pergi kerja, daripada pagi sampai malam. Jadi, anda perlu kan sesuatu untuk ‘reward’ diri sendiri supaya boleh release tension. Travel setiap bulan, shopping pun setiap minggu. Kalau tak buat aktiviti ni, anda rasa stress sampai depresi pula.

7. Membazir kalau pergi seminar untuk tambah ilmu.

Bagi anda cukuplah tambah ilmu dengan membaca di mana-mana laman media sosial. Entah betul atau tidak, anda tidak kisah sebab ‘free’ kan. Kalau nak pergi seminar nanti, kena bangun pagi, lepastu kena buat bayaran RM50, membazir kata anda.

8. Labur duit pada ‘Skim Cepat Kaya’.

Labur RM50, dapat RM10 ribu sebagai pulangan. Tak payah jual barang, tak payah keluar pergi mana-mana, duduk rumah nanti dapat duit. Memang seronok dengar. Daripada labor RM50, sampai beribu-ribu sehingga terpaksa berhutang dengan ibu bapa dan kawan-kawan.

9. Beli rumah pertama berharga satu juta.

Tengok duit gaji sendiri, layak beli rumah pertama berharga RM200 ribu sahaja, tapi nak rumah harga 1 juta sebab view cantik, ambik gambar selfie mesti cantik. Yang penting berbaloi kalau update gambar di Instagram Story.

10. Tak nak langsung bayar sedekah.

Kalau hati tu sentiasa takut duit habis, memang sampai bila-bila tak ada rasa nak sedekah langsung. Bagi duit kat mak ayah pun tak pernah, inikan pula nak bersedekah.

Jadi, cuba lihat gaya hidup kita sekarang? adakah bakal menjadi 'kaya' atau selama-lamanya 'miskin'?

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,404 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen