Awas! Jangan Kongsi Atau Pinjam 10 Barang Ini.

 

Pernah tak kita terfikir niat baik kita itu akhirnya memberi keburukan kepada kita semula? Tak salah untuk memberi bantuan tetapi kenalah berhati-hati juga. Kita langsung tidak kisah untuk meminjamkan apa sahaja kepada kawan, keluarga, jiran, rakan sepejabat atau kepada sesiapa pun.

Tak kisah nak beri pinjam, baik hati dan pemurah itu memang digalakkan tetapi pinjam, pinjam juga. Murah hati pun, murah hati juga tapi jangan menjejaskan kesihatan dan kebersihan diri.



Niat kita kadang kala baik menghulurkan bantuan kepada orang yang memerlukan bahkan kita juga merasakan bahawa perkara sebegini tidak akan memberi kesan apa-apa kepada kita.

Ada barang yang kita tidak boleh pinjam atau guna bersama terutamanya barangan peribadi khususnya yang menjaga aspek kebersihan. Jangan kongsi 10 barang ini.

1. Tuala



Siapa yang pernah kongsi tuala dengan rakan baik mereka? Kalau tuala itu tuala bersih dan tidak digunakan lagi boleh lah nak diberi pinjam tetapi kalau guna sekali? Tak ke namanya berkongsi kuman dan bakteri yang terletak pada tubuh rakan anda itu. Tak geli ke?

2. Berus gigi



Apabila anda menggunakan berus gigi untuk membersihkan gigi anda, berjuta-juta kuman di dalam mulut anda menjadi tercemar dengan ubat gigi, darah, bakteria, air liur, dan debris mulut. Virus dan bakteria boleh hidup di permukaan berus gigi selama berminggu-minggu. Sesetengah kajian telah menunjukkan walaupun selepas membilas berus gigi kelihatan jelas, ia masih boleh tercemar.

Apabila anda meminjam berus gigi dari orang yang dijangkiti, anda boleh mendapat penyakit. Selepas memberus gigi anda, bersihkan berus gigi dengan air paip dengan teliti. Pastikan anda telah mengeluarkan semua ubat gigi dan debris. Sekiranya anda mempunyai penyakit atau masalah kekebalan tubuh, anda mungkin perlu merendam berus gigi di dalam pembersih mulut antibakteria. Kemudian biarkan berus kering. Jika terdapat banyak berus gigi yang tersimpan di satu tempat, cuba elakkan bersentuhan.

3. Pakaian dalam



No, No, No! Jangan sesekali buat perkara ini. Pakaian dalam anda tidak seharusnya dikongsi bersama orang lain. Walaupun sudah dicuci bersih, ini adalah perkara yang tidak sepatutnya dilakukan. Ia seumpama berkongsi rahsia kita dengan orang lain.

4. Deodoran



Deodoran jenis semburan tiada masalah untuk dikongsi tapi yang roll-on jangan sesekali! Deodoran roll-on tidak boleh digunakan bersama kerana ia disapu terus kepada ketiak. Bakteria yang terkumpul boleh menyebabkan jangkitan.

5. Pencukur



Anda menggunakan pencukur untuk mengeluarkan rambut yang tidak diingini. Apabila anda mencukur, ia juga membuang sel-sel kulit mati, kotoran, dan bakteria pada kulit anda. Oleh kerana menggunakan bilah boleh menyebabkan luka dan lecet, perkongsian pencukur juga boleh menyebabkan penyakit bawaan darah seperti hepatitis B, hepatitis C, atau HIV untuk menyebar.

Oleh itu, adalah penting untuk mempunyai pencukur anda sendiri jika mahu mencukur. Anda juga boleh mempertimbangkan menggunakan buih cukur (shaving foam), ia boleh membantu mengurangkan risiko terpotong kulit anda. Basuh pencukur dengan teliti dan buang pisau pisau cukur sebaik sahaja anda selesai.

6. Subang



Sebaran jangkitan penyakit berdarah boleh berlaku jika berkongsi aksesori subang atau anting-anting. Lebih lagi memakai yang tidak dibersihkan. Pastikan subang yang ingin dikongsi bersih atau disterilkan.

7. Kasut



Tanpa kita sedar, perkongsian kasut juga boleh membawa jangkitan kulit dan kuku. Bakteria dan kulat senang membiak didalam kasut kerana ia mempunyai pengudaraan yang lemah. Malah, kerap guna kasut yang sama juga boleh menyebabkan jangkitan.

8. Pemotong kuku



Anda menggunakan pemotong kuku untuk memotong kuku anda di mana bakteria, kulat, dan ketuat tersembunyi. Walaupun anda meminjam peotong kuku daripada seseorang yang mempunyai kuku yang sihat, anda masih berisiko jangkitan. Anda lebih cenderung untuk mendapatkan jangkitan kuku kulat, HIV, atau hepatitis B (jika pemotong kuku memotong kulit anda).

Oleh itu, anda perlu mencuci pemotong kuku dengan alkohol sebelum digunakan. Jika anda mempunyai orang lain yang membuat kuku anda, sebaiknya minta mereka menggunakan instrumen anda.

9. Span mandian



Digunakan sebagai menyingkirkan kulit mati dan terapi mandi tapi jangan lupa, sel kulit mati juga boleh terkumpul dalam span mandian. Bakteria dan kulat mudah membiak dengan benda yang lembab, jadi fikir dua kali sebelum menggunakan span mandi orang lain.

10. Berus dan produk makeup.



Semua produk mekap termasuklah berus-berus mekap yang telah digunakan tidak boleh dikongsi. Barang-barang tersebut telah bersentuh dengan kulit dan meningkatkan risiko jangkitan kulat, masalah kulit berjerawat dan alahan.

Kadang kala kita mungkin terdesak hingga kita membenarkan barangan peribadi kita dipinjam, namun selepas ini diharapkan kita lebih berhati-hati dalam memberi pinjam. Ini kerana, kesihatan kita juga bergantung kepada barangan yang dipinjam itu.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,402 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen