"Mulut Orang Perempuan Ini Memang Suka Bercakap, Tugas Kau Sebagai Suami Hanya Mendengar Je."

 

Isteri-isteri ini sememangnya sukakan perhatian, lagi-lagi kalau mereka ini seorang suri rumah. Sepenuh masa mereka bersama anak-anak sahaja di rumah, tanpa teman berbual. Jadi apabila anda pulang ke rumah sudah tentu mereka ini akan menjadi teruja untuk berkongsi pelbagai cerita.



Tapi tak ramai suami-suami yang faham, mereka selalu menganggap isteri mereka ini mengada-ngada nakkan perhatian, sedang dia yang malas nak layan isterinya. Anda mungkin penat mencari rezeki, tetapi jangan dilupa isteri yang tiada teman disisi. Layankan sahaja apa yang nak dikata, barulah dia rasa dihargai.

Tak susah nak buat isteri rasa bahagia ini. Suami jadi pendengar setia buat dirinya cukup memadai. Seperti yang dikongsikan oleh Saiful Bahari, bila kita buat orang perempuan bahagia, banyak kelebihan yang tidak terduga.

“Bang nak tahu tak harinie kan ada kucing gaduh kat belakang”

“Bang tadi kan masa saya masak saya boleh terlupa letak garam”

“Bang harinie anak taknak tidur langsung, main jee”

Itulah kadang lontaran lontaran kata ketika kau muncul depan si isteri.

Rimas eh bang? Nampak remeh kan bang?

Sabar bang. Tahu kau penat balik kerja. Konon kau nak rehat tanpa diganggu. Kau ada terfikir tak bang kenapa isteri kau nak bersembang walaupun topik remeh?

Sebab dia seharian bang tunggu kau balik, dia sorang sorang je dalam rumah takde kawan nak berbual. Memang tertunggu tunggu kau balik.

Whatsapp kau tak balas, call tak angkat. Kalau balas message pun sepatah dua. Yelah. Kau busy kan. Nak buat kerja lain. Nak sembang dengan officmate lain. Jumpa client lain. Yelah waktu kerjakan.

Jadi kau dapat bayangkan bertapa rasa “sendirinya” isteri kau dalam rumah tu. Dia nak berbual takde kawan. Dia nak buat apa apa pun buat sorang sorang. Paling tidak pun dia bercakaplah dengan diri dia sendiri.

“Eh aku tadi dah masukkan garam ke belum?”

“Eh kain jemur dah kering tak tu?”

“Lepas nie sapu sampah, boleh masak pulak lah”

Kau kena faham juga situasi mereka bang. Tak boleh dibiarkan. Apa yang mereka perlukan seorang pendengar yang baik je. Itu je. Bukan di suruhnya kau buat pun kerja kerja tu.

Jadilah pendengar yang baik bang. Kau kan suami. Memang mulut orang perempuan nie suka bercakap. Jadi tugas kau pulak kena mendengar. Barulah orang kata ada “keadilan” di situ.

Percayalah bang, kau tak perlu mengunakan tenaga yang banyak pun. Kau hanya fokus je pada apa yang isteri kau nak cakap. Tengok muka dia. Tengok cara dia bercakap. Tengok reaksi dia. Ini pun sebenarnya ciri ciri pendengar yang baik. Mudah kan?


Tak perlu pun kau menyangkal ke, membidas ke. Cerita cerita biasa tu kau iyakan je. Kau tak perlu serius sangat pun. Bukan dia nak kau perah otak untuk fikir apa perlu ke tak dia buat tu. Si isteri nie hanya nak kau dengar je bang. Kau layan je dengar tu.

Tambahan, sebenarnya dia rindu kau bang. Sebab tu dia beriya iya cerita dengan kau. At least bila dia nampak kau bersungguh untuk dengar cerita dia. Kau rasa dia boleh tidur ke malam tu? Silap silap tersenyum puas sampai ke pagi. Lepas tu sepagi yang mungkin dia dah siapkan sarapan untuk kau bang. Kikiki.



Jadi bang, elakkan untuk kita abaikan apa yang isteri cuba bercerita. Sebab dari situ kau dah membuatkan si isteri rasa “down”. Buat dia memendam rasa, makan hati.

Benda macam tu nampak remeh, tapi lama kelamaan boleh jadi penyakit bang. Tak kesian ke? Kau nak ke isteri kau kemurungan, meroyan, atau tekanan. Hanya sebab dia tak dapat luahkan apa dia rasa je. Hanya sebab kau taknak dengar dia bercerita. Kau rasa berbaloi ke?

Jadi mulai harinie kau cubalah ubah bang dari orang “malas dengar” kepada “suka mendengar”. Insyallah ada putik putik kebahagian akan muncul. Orang perempuan nie kalau dia rasa bahagia, kau akan dapat sesuatu yang unexpected.

Tak percaya kau cubalah bang.

Saiful Bahari
Seorang suami dan ayah dua puteri

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,834 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen