Tanda-Tanda Anda Seorang Lelaki ‘Dalam Hati Ada Taman’.

 

Lumrah seorang lelaki agak sukar untuk menunjukkan sisinya yang tidak diketahui orang ramai. Berkemungkinan seorang yang sangat sentimental, berjiwa sensitif dan seumpama dengannya. Dirinya hanya dipertahankan dengan ego yang tinggi supaya tidak dilihat oleh orang ramai, malah diperkotak-katikkan perasaannya.

Namun, bagi mereka yang sedang bercinta atau sudah berumah tangga, pasti pasangan bakal mengetahui sebenarnya anda seorang lelaki yang jiwang atau dipanggil ‘Lelaki Dalam Hati Ada Taman’.

Kadang-kala anda juga tidak menyedari hal ini sehingga pasangan yang menegur, seperti…

1. Suka warna-warna yang lembut.

Majoriti lelaki hanya suka pada warna yang asas sahaja, seperti hitam, putih dan merah. Tetapi berlainan pula bagi lelaki berjiwa ‘halus’ ini. Anda juga mengetahui warna-warna lain selain warna asas, seperti baby blue, pink belacan, green olive, peach dan seumpama dengannya.

Berkemungkinan anda sudah terbiasa dikelilingi dengan adik-adik perempuan yang amat menggemarkan warna-warna tersebut. Jadi, anda juga mudah terpengaruh.

2. Suka menonton drama yang romantik.

Anda juga adalah seorang lelaki yang suka menonton drama romantik dalam diam. Secara anda tidak sedar sebenarnya banyak juga movie atau filem romantik yang anda telah tonton, tidak kira dari Hollywood, Bollywood atau drama-drama melayu. Tetapi yang penting anda sukakan romantik komedi, sekurang-kurangnya tidaklah terlalu romantis.

3. Mempunyai diari.

Siapa sangka, anda sebenarnya memiliki nota kecil yang boleh dipanggil sebagai diari. Selalunya hanya gadis-gadis sahaja yang memiliki buku tebal untuk dijadikan sebagai diari. Tetapi disebabkan anda tidak mahu ia boleh dilihat jelas oleh orang ramai, memadai hanya buku nota kecil untuk anda menulis luahan hati anda.

4. Kata-katanya berpuitis.

Mana-mana gadis atau golongan wanita yang berkenalan dengan anda, pasti akan mengatakan anda seorang yang sangat berpuitis. Anda bukan seorang sweet talker, tetapi seorang yang berpuitis. Kebiasaannya lelaki sweet talker mempunayi ayat yang kita sendiri nak dengar pun dah tahu dia seorang yang tak boleh dipercayai.

Tetapi lelaki berpuitis ini, sangat berirama.

5. Sangat memahami jiwa wanita.

Sebilangan lelaki yang ‘dalam hati ada taman’ ini, mampu memahami jiwa dan perasaan seorang wanita. Mungkin kerana dirinya dikelilingi dengan ramai golongan wanita, ataupun sudah dididik oleh orang tuanya untuk menghargai seorang wanita. Sebab itu, mereka mampu berpuitis.

6. Tak kisah nak belikan bunga untuk teman wanitanya.

Selain daripada itu, lelaki ini juga tahu untuk mengambil hati wanita. Bukan sahaja dengan kata-kata puitisnya, malah dengan membeli sekuntum bunga untuk teman wanita dan juga ibunya. Bagi anda apalah sangat dengan membeli bunga, demi menjaga hati dan perasaan wanita.

Adakah Anda Memiliki Tanda-Tanda Seperti Ini?

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,896 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen