Kalau Hari Ini Kau Gagal, Ditinggalkan Sepi Tanpa Khabar Berita. Lupakan Dan Mulakan Hidup Baru.

 

Dalam adat bercinta, kalau tidak bersama pasti akan berpisah itu sahaja yang ada dalam hubungan itu. Berapa lama kita dengannya belum tentu ia menjaminkan ia adalah jodoh kita. Bertapa sayangnya kita terhadap dirinya itu tidak menjaminkan bahawa dia tidak tinggalkan kita untuk orang lain. Orang kata sayang-sayang juga tapi jangan keterlaluan.

Haa, bila niat nak bercinta itu hati kena kental sebab kita tidak tahu apa akan jadi pada hubungan kita, walaupun sudah kita serahkan seluruh hati padanya itu belum tentu dia juga menyerahkan hatinya pada kita.

Kalau terluka terus bangkit, jangan hanya duduk dan menunggu nasib macam perkongsian nasihat dari Syafiq Ridhwan ini, kita hanya mampu merancang tetapi rancangan Allah adalah yang terbaik.



Mungkin sesetengah orang menganggap, bila dia jatuh cinta. Dia pasti akan berkahwin dengan orang yang itu. Walhal belum tentu.

Kita ini merancang, pasti dengan sebaik-baik perancangan. Kita yakin dah kita buat yang terbaik. Tapi pada akhirnya perancangan yang Tuhan telah tetapkan itu pasti tidak lain dan tidak bukan, ianya paling terbaik.



Kita menyemai kasih dengan seseorang ini. Lama. Hubungan kita ini dikenali oleh hampir semua rakan-rakan, malah ahli keluarga kedua-dua pihak juga mengetahui. Tapi, boleh jadi hari ini, ia tidak lagi. Kita dan dia cuma insan asing yang mengejar impian sendiri di dalam dunia sendiri.

Kita beriya memperjuangkan agar rasa sayang dan cinta itu berkekalan. Bersungguh kita menjaga setiap batas dalam pergaulan. Tapi kita lupa. Yang memegang erat hati manusia itu sendiri juga bukan manusia, ia dipegang utuh oleh Tuhan. Dia yang membolak-balikkan hati insan.

Tapi apa jua impian dan angan-angan yang kita citakan. Andai ia tidak berjalan selari dengan apa yang kita mahu. Percayalah. Tuhan itu pasti akan gantikan dengan orang yang jauh lebih baik.

Soalnya siapa. Bagaimana. Bergantung kepada diri kita sendiri. Orang yang baik, walaupun kebaikan itu orang ramai tidak ketahui, pasti Tuhan akan berikan dia orang yang baik juga. Yang akan kekal setia menemani dia dunia sampai akhirat kelak.

Janganlah risau. Kalau hari ini kau gagal. Kau dipijak mati. Ditinggalkan tanpa khabar berita. Dibiar sepi. Lupakan dan mulakan hidup baru.



Sepanjang perjalanan kehidupan ini, Tuhan akan menemukan kau dengan pelbagai jenis orang. Dan mereka akan menyapa dengan pelbagai jenis karenah. Belajarlah menyesuaikan diri. Lambat laun, pasti kau akan ketemu yang benar-benar sesuai dan baik untuk kau.

Soalnya, tetap teruskan berjalan. Jangan terhenti di satu tempat untuk tempoh yang lama. Orang seperti kita, kita perlu berjuang sendiri untuk menemukan cinta sejati.

Doa juga. Mudah-mudahan dipertemukan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,981 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen