Jangan Manjakan Anak Sangat. Sekarang Ini Ibu Bapa Menang Tetapi Anak Anda Akan Kalah Dalam Jangka Masa Panjang.

 

Kita kadang kala sebagai ibu bapa ini terlalu manjakan anak sangat sampai anak kena jentik atau kena rotan sikit terus kita nak melenting. Tanpa usul periksa langsung kita tidak ambil tahu adakah itu anak salah anak kita atau sebaliknya.

Ibu bapa mana yang tidak sayangkan anak bukan tetapi sayang anak perlu lah tahu batasnya juga. Jangan setiap salah anak itu hanya dipejamkan mata sahaja. Orang kata sayang anak ditangan-tangankan barulah anak itu nanti jadi orang yang berguna bila besar nanti.

Sedikit nasihat daripada Cikgu Emmet ini sememangnya betul, kalau sekarang ini kita manjakan anak sangat, kita tidak tahu bagaimana dengan masa depannya. Kita sebagai ibu bapa ini tidak selama-lamanya dengan anak kita.



Kepada ibu dan bapa yang terasa hati bila melihat anak anak dihukum guru. Berbirat peha dan lengan dengan kesan rotan, pergi ke sekolah. Marah lah guru itu... Rakam wajah guru yang terlebih ajar anak kita... Sumpah seranah lah... Buat laporan pada PPD, JPN dan report polis... Buat lah... Yelah anak anda anak orang bukan anak pokok pisang, mestilah sayangkan. Dari kecik kita jaga hingga sekolah menengah sukahati pulak cikgu nak merotan.

Marahlah guru guru itu… Malukan mereka dengan merakam wajah mereka... Just Do it.... Itu hak anda sebagai ibubapa.

Puas hatikan? Seronok kan sebab berjaya mengajar guru guru yang menghukum anak anak kita.

Ok kalau ibubapa rasa tindakan itu membuatkan anda MENANG... Ye. Anda dah menang.... Tapi hal yang sebenarnya... Anak anda yang KALAH dalam jangka masa panjang.



Sebab lepas ni, Guru guru akan lepas tangan. Hanya mengajar tapi tidak mendidik... Hanya mengajar tapi tidak menegur. Buat apa kita tegur kalau lepas ni ibubapa berang.. Buat apa dirotan kalau lepas ni ibubapa yang meroyan.

Maka anak anak anda yang BESAR KEPALA ini akan membawa haluan sendiri.. Jika dia sesat.. Maka sesatlah.

Maafkan saya kalau ada ibubapa yang berasa hati dengan tulisan saya.

Ibubapa yang dihormati,

Ilmu itu diajar seiring dengan adab. Sebab itu orang yang berilmu adalah orang yang beradab. Orang yang beradab akan hormat pada sumber ilmu iaitu gurunya. Jika murid memaki guru babi, pondan dan kata kata sumpahan.. Maka murid itu tiada adab... Kalau tiada adab makan tiada lah ilmu yang akan masuk ke jiwa dan minda.. Maka jadilah anak anak kita yang miskin adab budi dan moral. Anak anak ini bila dewasa kelak tak mustahil akan meninggalkan kita sendirian...akan jijik menjaga kita yang tua dan sakit...sebab adab tiada dalam jiwa.

Saya pernah di maki BABI hanya kerana pelajar tak setuju keputusan saya semasa mengadili permainan futsal. Hmmm kalau ibubapa dimaki anak dengan perkataan BABI.. adakah ibubapa masih boleh mengusap pipi anak dan menciumnya? Ye boleh... Tapi tidak bagi saya... Walaupun saya tak melempang pelajar itu.. Tapi tetap tak lupakan kata katanya hingga kini. Hingga satu hari saya dengar dia sekarang menghuni pusat serenti kerana menjadi penagih dadah. Sedihkan? Ye saya rasa sedih dan simpati pada ibubapanya. Walaupun saya tak pernah berdoa dia jadi begitu.



Jadi... Kepada ibubapa.. Kalau rasa guru 'Ah Qua'..tak mampu ajar anak... Maka ajarlah anak sendiri dirumah... Nak pindah pun tak guna sebab jika berpindah ke sekolah lain pasti guru lain pun tak mahu membimbing jiwa anak anak ini kerana sudah tular di media sosial.. Mereka hanya mengajar apa yang ada dalam sukatan sahaja... Bimbingan perlukan ikhlas, teguran dan dendaan supaya anak tak leka.

Pada guru.... Just play safe..... Jangan kacau kalau rasa anak didik kita jenis tak dapat menerima teguran berkali kali... Tulis surat mengadu je pada ibubapa mereka.. Mereka nak bertindak atau tidak terpulang pada mereka.

Tak payahlah cikgu rotan rotan sangat.. Ni zaman revolusi industri 4.0 ... Kita buat je 'kerja mengajar' kita.

Ini sahaja pandangan saya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,968 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen