Carilah Jodoh Yang ‘Menjaga’ Solat, Bukan Yang Hanya 'Tahu' Solat Sahaja.

 

‘Nak Cari Pasangan, Carilah Yang Menjaga Akhlak Dan Agamanya..’

Seringkali kita mendengar kata-kata ini, tetapi tidak begitu mengerti apakah maksud tersirat sebaliknya. Apa yang kita faham melalui ayat ini adalah, mencari jodoh yang memiliki akhlak yang baik dan solat.

Asalkan solat, mereka adalah orang yang baik-baik dan akan menjaga hati dan perasaan kita. Pasti?

Namun sebenarnya, melalui ayat di atas, ia bermaksud, carilah jodoh yang MENJAGA solat. Ini kerana semua orang boleh melakukan solat, tetapi berapa ramai dikalangan kita memang benar-benar MENJAGA solatnya.

Adanya beza bagi mereka yang benar-benar MENJAGA solat, dengan mereka yang TAHU solat tetapi TIDAK MENJAGA solat.

Individu yang menjaga solatnya adalah…

1. Menjaga Solat Di Awal Waktu.

Carilah pasangan yang solat di awal waktu. Iaitu tidak melengah-lengahkan dengan membuat perkara yang lalai dan lagha seperti menonton wayang, menonton drama jam 7, leka bermain game dan seumpama dengannya.

Dari sahabat Umar beliau berkata :

Seorang laki-laki mendatangi Rasulullah SAW dan bertanya

“Sesuatu apakah yang lebih dicintai Allah di dalam Islam?”

Maka Rasulullah SAW menjawab:

“Iaitu melaksanakan solat pada waktunya, barangsiapa meninggalkan solat maka sama dengan tidak beragama, Solat adalah tiang agama” (Hadith Riwayat Tarmidzi)

2. Khusyuk Ketika Solat.

Orang yang benar-benar menjaga solatnya adalah orang yang sentiasa mahu meminta keampunan kepada Allah, dan sabar menunggu dosanya diampunkan. Malah, bagi mereka solat bukan membebankan.

Sebagaimana Allah SWT telah berfirman;

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”(Al-Baqarah 2:45)

3. Menjaga Adab-Adab Untuk Solat.

Orang yang benar-benar menjaga solatnya juga adalah yang tahu adab-adab untuk solat, termasuklah rukun-rukun solat.

Sebagaimana Rasululllah SAW mengajar seorang lelaki untuk solat, dan menyuruh lelaki tersebut berulang kali betulkan solatnya…

Baginda pun mengajarnya:

Apabila engkau berdiri menunaikan solat maka bertakbirlah,

Kemudian bacalah ayat al-Quran yang mudah bagimu,

Kemudian rukuklah sehingga engkau tomakninah dalam keadaan engkau rukuk,

Kemudian bangkitlah sehingga engkau tomakninah dalam keadaan engkau iktidal,

Kemudian sujudlah sehingga engkau tomakninah dalam keadaan sujud,

Kemudian bangkitlah sehingga engkau tomakninah dalam keadaan duduk.

Engkau buatlah yang demikian itu dalam semua solat engkau.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

4. Tidak Hanya 3 Qul.

Bagi mereka yang menjaga solatnya, untuk menghidupkan solat tersebut, tidaklah dengan hanya membaca surah 3 Qul semata-mata, tetapi cuba juga untuk membaca dan menghafal surah-surah ringkas yang lain.

Upgrade-kan diri dengan membaca selain surah 3 Qul, seperti Surah Al-Masad, An-Nasr, Al-Kafirun, Al-Kauthar, Al-Ma’uun, ataupun Quraisy, dan sebagainya...

5. Melakukan Solat-Solat Sunat Juga.

Selain menjaga solat wajib, carilah pasangan yang berkejar-kejar untuk melakukan solat sunat juga. Berkejar-kejar membuat ibadah kepada-Nya, kerana inginkan pahala dunia akhirat.

Hayatilah mutiara kata dari Imam Hassan al-Basri,

“Wahai anak Adam, juallah duniamu untuk akhiratmu, niscaya kamu untung di keduanya, dan janganlah kamu jual akhiratmu untuk duniamu, karena kamu akan rugi di keduanya. Singgah di dunia ini sebentar, sedangkan tinggal di akhirat sana sangatlah panjang.” [Imam Hassan al-Basri]

Semoga Bermanfaat Dan Semoga Ramai Berjumpa Jodoh Yang Menjaga Solatnya!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 413,633 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen