“Suami Sering Mengabaikan Emosi Isteri, Akhirnya Bercerai Kerana Isteri Makan Hati..”

 

Bak kata pepatah melayu;

‘Sudah Terhantuk Baru Nak Terngadah’

Perumpamaan yang sesuai untuk para suami yang mengambil ringan dengan emosi seorang wanita. Malah, mungkin hanya kekurangan sifat empati dalam diri, perasaan dan hati isteri sukar untuk di mengerti.

Antara Punca Perceraian.

Pada masa kini, terdapat banyak perceraian berlaku yang viral di laman sosial media. Dan kebanyakan perceraian yang berlaku adalah silap suami dan isteri sendiri yang kurang ilmu rumah tangga dan juga keibubapaan.

Bercerai disebabkan culas memberi nafkah…

Bercerai disebabkan gagal mendidik anak-anak…

Bercerai disebabkan kewangan…

Malah ada yang bercerai disebabkan hal yang sangat remeh…

Namun ada juga yang bercerai kerana segelintir isteri penat bermain dengan emosi…

Tidak tahu kunci utama dalam membina rumah tangga, dan juga tidak ‘lut’ untuk menghadapi ujian dan dugaan bersama.

Baru 3 tahun berkahwin, dah rasa tak serasi dengan isteri…

Baru 5 tahun menyulam cinta dan memiliki cahaya mata, dah rasa isteri dah tak cantik lagi…

Kenapa?

Tak tahan dengan emosi isteri…

Isteri hari-hari nak perhatian, habis hati sendiri siapa nak jaga?...

Bila memujuk isteri dengan anggapan, rajuknya hanya sementara…

Isteri Emosi Hanya Kerana Suami.

Apabila sukar untuk memujuk, suami akan menganggap pasti ia akan mengambil masa dan kembali pada keadaan yang normal…

Tapi tidak!

Kerana apabila seorang wanita yang bergelar isteri ini penat bermain dengan emosi, sudah pasti merasakan suaminya tidak lagi memahami dirinya…

Lama-kelamaan ia hanya akan makan diri…

Lama-kelamaan menjadi tawar hati…

Bermain dengan emosi sehingga menjadi depresi…

Emosi Sehingga Depresi.

Depresi kerana…

Sukar untuk berkomunikasi dengan si suami…

Kalau berkomunikasi, suami tidak endahkan luahan isteri…

Suami sentiasa memperkecilkan emosi isteri ketika datang bulan atau pun tidak…

Suami suruh mengucap kalau beremosi…

Suami cakap isteri beremosi hanya kerana hasutan syaitan, mesti tak jaga solat…

Semuanya salah isteri…

Apabila isteri minta untuk diceraikan, isteri dipersalahkan lagi kerana terlalu beremosi…

“Kawal lah emosi tu, tak habis-habis nak emosi…”

Jangan Sampai Terlambat!

Sampai satu hari isteri nekad untuk bercerai dan meninggalkan dirinya sendiri…

Meminta nasihat daripada keluarga dan juga lawyer…

Ketika ini suami ibarat ‘Sudah Terhantuk Baru Nak Terngadah..’

Ketika ini suami bersungguh-sungguh untuk berbincang dan berkomunikasi…

Ketika ini suami baru mengerti emosi isteri…

Ketika ini suami terhegeh-hegeh menangkap cinta lama si isteri…

Sudah terlambat…

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,209 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen