Cara-Cara Mendidik Anak Menghormati Guru Seperti Zaman Rasulullah SAW.

 

Berapa ramai sahaja dikalangan ibu bapa zaman sekarang yang mendidik anak-anak untuk menghormati guru di sekolah? Bukan itu sahaja, adakah cara didikan tersebut berlandaskan kisah-kisah Nabi SAW dan juga sahabat Baginda?

Daripada anak-anak masih kecil lagi, ibu bapa amat digalakkan untuk mendidik anak-anak menghormati orang yang lebih tua darinya termasuk guru yang sedang mengajar. Didiklah mereka dengan menceritakan tentang zaman Rasulullah SAW.

Image result for didik anak hormat guru

Ikuti cara-cara untuk mendidik anak menghormati gurunya yang telah dikongsikan oleh Dr Ahmad Sanusi

1. Didik anak untuk duduk fokus ketika waktu pembelajaran.

Ceritakan pada mereka bagaimana para sahabat duduk seperti patung ketika proses pembelajaran berlaku.

Perkara ini dinukilkan oleh Saidina Abu Said al-Khudri yang menyebutkan:

“Ketika kami duduk di masjid, Rasulullah SAW telah datang dan duduk di sisi kami, kami semua duduk diam dihadapan Baginda SAW tidak bergerak sedikitpun seakan-akan ada burung di atas kepada kami, tiada seorang pun yang bercakap.”

Lihatlah akhlak para sahabat ketika berada di dalam majlis ilmu. Mereka diam memberi tumpuan sehingga digambarkan seolah burung boleh hinggap dan duduk di atas kepala mereka seolah diamnya mereka seperti patung.

2. Didik anak untuk bercakap sopan dan tidak membuat muka pada gurunya.

Ceritakan juga kepada anak tentang adab bercakap sopan dengan guru. Urwah ibn Mas’ud menceritakan bagaimana para sahabat Nabi begitu menjaga pertuturan bersama dihadapan Rasulullah SAW.

Kata beliau:

“Para sahabat akan bercakap dengan suara yang rendah (sopan) ketika bertutur dengan Baginda SAW, serta tidak menajamkan pandangan mereka (merenung dengan tajam) kerana menghormati Rasulullah SAW.

Pertuturan dan memek muka adalah antara perkara yang amat dijaga oleh para sahabat. Mereka tidak meninggikan suara di sisi guru mereka dan mereka tidak menarik muka apabila berhadapan dengan guru.

3. Didik anak untuk hormat guru dengan tidak membuat bising.

Malah menurut Saidina Anas, para sahabat akan berhati-hati ketika datang untuk bertemu dengan Rasulullah SAW sehingga Anas menggambarkan bahawa:

“Sesungguhnya pintu rumah Rasulullah SAW itu diketuk dengan kuku-kuku. Pernyataan ini menggambarkan bahawa mereka mengetuk pintu Rasulullah dengan perlahan sekali.”

Malah al-Imam al-Shafie dikatakan sangat menjaga adabnya dengan al-Imam Malik. al-Shafie dikatakan menyelak buku dengan sangat perlahan kerana bimbang mengganggu al-Imam Malik.

Kata al-Shafie:

“Aku akan menyelak buku ku secara sangat perlahan supaya perlakuanku ini tidak didengari oleh al-Imam Malik (kerana kagum dan hormat dengan guru ini).”

Hari ini pelajar bukan sahaja tidak menghormati guru, malah memanggil guru mereka pula dengan panggilan yang tidak baik. Mendidik di zaman ini amat lain sekali. Didiklah anak-anak kita dengan adab dengan guru kerana nilai seorang murid itu pada adabnya.

Moga Allah membimbing kita semua.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 398,979 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen