Begini Jaga Hati Sendiri Kalau Takut Kecewa Dengan Hubungan Yang Tak Pasti.

 

Buat mereka yang penah kecewa akibat cinta sudah tentulah bukan satu perkara yang mudah untuk menjalinkan satu hubungan yang baru. Ini kerana rasa takut akibat cinta yang lalu belum lagi sembuh sepenuhnya bahkan ia masih segar dalam fikiran anda.

Namun kalau terlalu melayan hati sudah tentulah anda sukar bertemu jodoh, jadi nak tak nak kenalah cuba beranikan diri untuk memulakan hubungan yang baru. Tetapi yang menjadi masalahnya sekarang anda takut untuk rasa kecewa lagi.



Perkara ini sememangnya perkara biasa selepas gagal dalam satu hubungan, malah rasa tidak yakin terhadap hubungan baru juga adalah perkara biasa bagi mereka yang pernah rasa kecewa. Akan tetapi itu tidak bermakna anda tidak perlu mencari dan berharap seseorang yang begitu mencintai anda datang kepada anda.

Jangan takut untuk mulakan satu hubungan! Jika anda takut untuk berasa kecewa mungkin anda boleh lakukan 5 perkara ini dalam diri anda.



1. Lupakan pasangan idaman anda.

Jangan meletakkan satu harapan tinggi terhadap pasangan baru anda terutama meletakkan ia persis dengan pasangan idaman anda. Anda perlu tahu lelaki idaman anda itu hanya wujud dalam angan-angan anda sahaja, maka dengan itu lupakan pasangan idaman. Apa yang perlu lakukan adalah terima sahaja sika psi dia dengan hari terbuka. Ingat setiap orang mempunyai kekurangan. Sekiranya dia seperti pasangan idaman anda barulah anda bersedia ke langkah seterusnya.

2. Cuba untuk cari kekurangannya.

Biasanya orang akan lebih menyerlahkan kelebihan dirinya berbanding kekurangannya. Buat anda yang takut kecewa dalam hubungan, kekurangan pasangan itu perlu dilihat lebih awal. Barulah ia tidak akan melukakan anda malah ia akan membuat anda sentiasa berjaga-jaga.

3. Percaya kepada proses hubungan bukan kata-kata.

Jangan terlalu mudah untuk percaya segala kata-katanya. Adalah lebih baik sekiranya anda lihat proses hubungan kalian bagaimana. Biasanya mengucapkan kata-kata serta janji-janji yang manis ini tidak perlukan masa yang lama tetapi proses hubungan anda itu yang memakan masa, jadi lihat bagaimana hubungan anda berjalan bukan percaya pada sesuatu yang belum tentu tertunai.

4. Elakkan bertemu dengan keluarganya.

Pertemuan dengan keluarga pasangan biasa menuju ke arah hubungan yang serius. Apabila anda sudah lakukan perkara ini maka hubungan anda seharusnya mempunyai persetujuan yang baik, tetapi jika anda masih ragu-ragu akan dirinya bahkan hubungan anda jangan berjumpa dengan keluarganya ia hanya akan membuat anda meletakkan harapan yang tinggi.



5. Pastikan anda tahu apa yang anda mahukan.

Sebelum membuat apa-apa keputusan, anda perlu tahu apa yang anda perlukan dari dirinya. Adakah anda mahu dia sebagai rakan atau pasangan anda? perkara-perkara sebegini biasanya mengambil sedikit masa. Pastikan dirinya tahu menghargai anda dahulu barulah anda membuat keputusan. Maka dengan itu pastikan anda sentiasa berjaga-jaga dengan perasaan anda sendiri.

6. Enjoy the moment!

Jangan terlalu bermain teka teki dengan hati sendiri hingga timbulkan rasa tidak selesa dalam hubungan kalian. Apa kata anda nikmati sahaja masa itu dengan sentiasa mengawasi hati anda sendiri. Pasti seronok apabila sesorang cuba bersungguh cuba memikat anda.

Namun ia semua bergantung kepada individu tersebut, sama anda anda mudah jatuh cinta ataupun tidak. Jika anda mudah jatuh cinta tips ini tidak sesuai buat anda kerana akhirnya anda akan mencintainya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,473 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen